JUMLAH pasar raya di Malaysia telah bertambah bilangannya semenjak kebelakangan ini.
Pertambahan mendadak ini menyebabkan kuasa pembelian oleh pengguna bertambah dan mengubah corak kepenggunaan mereka.
* Pasar raya-pasar raya ini menjadi pusat hentian setempat untuk semua barangan keperluan rumah.
Sebelum ini, pengguna hanya membeli apa yang perlu dan merancang pembelian mereka disebabkan terdapatnya banyak kedai runcit yang berdekatan.
* Pengguna terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas dan barisan yang panjang untuk meletak kenderaan. Ini merupakan pembaziran bahan api dan masa. <<< Memang payah nak cari parking. Dah la buang masa, pastu buat perabis minyak jer.
* Tabiat menyimpan stok bermula di sini kerana pengguna ingin mengelakkan perjalanan ulang-alik ke pasar raya. Walau bagaimanapun, apabila perancangan penggunaan tidak baik, barangan yang dibeli ini tidak dapat digunakan sebelum tarikh luput dan akhirnya terpaksa dibuang. >>> amat setuju sekali! Perkara ni selalu berlaku kat aku. Lebih² lagi beli sayur 2,3 jenis. Akhirnya sayur berdaun hijau dah bertukar kaler kuning... dah kena bagi kat "cek pah".
* Pengiktirafan barangan di pasar raya merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan. Pengguna meletakkan kepercayaan mereka kepada pasar raya. Namun apabila barangan yang dibeli itu mengalami kerosakan, pengguna terpaksa berhadapan dengan pengilang dan bukannya pemborong.
* Kita juga dapat perhatikan pasar raya tidak menyokong `penggunaan hijau' untuk pengguna. Ini merupakan tanggungjawab social korporat. Kebanyakan pasar raya di Eropah dan Jepun tidak menggalakkan pengguna menggunakan plastik. Sekiranya pengguna inginkan beg plastik, mereka perlu membelinya. >>> pasaraya yang selalu aku pi, memang menggunakan penggunaan beg plastik secara berleluasa. Ntah bila, negara kita nak ikut macam pasaraya kat Eropah dan Jepun.
* Pasar raya perlu menggalakkan pengguna membawa beg sendiri untuk membeli-belah. >>> setuju sangat!!
Pasar raya juga perlu memastikan bungkus barangan yang dijual adalah mesra alam dan mengurangkan sisa pepejal daripada sampai kepada pengguna. >>> amat setuju!!!
* Agensi-agensi kerajaan sewajarnya memastikan produk-produk yang dijual mempunyai label-label yang betul serta pensijilan yang tepat mengikut undang-undang yang sedia ada.
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2 comments:
pergi pasar rata bila perlu aje.. adalah dalam 2 ke 3 kali sebulan.. nk jimat minyak..
salam hanah.sejak ada cucu ni boleh dibilang dengan jari pergi p/raya...itu pun bila mamanya pulang.tika kami berdua situlah tempat kami lepak.. duduk2 sambil perhatikan orang, suka juga.
Post a Comment