My Followers

Bantu si kecil cepat belajar

BANYAK yang perlu dipelajari anak setiap hari. Namun, bolehkah mereka memahami semuanya?

Jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini, kanak-kanak kini mempunyai lebih banyak peluang dan tidak kurang berhadapan dengan banyak cabaran.

Mereka perlu belajar dengan lebih cepat supaya dapat menandingi kanakkanak sebaya dengan mereka.

Berikut sedikit panduan yang boleh diikuti:

* Untuk menggalakkan keinginan belajar, gunalah objek di sekeliling untuk membantu mereka mengenal huruf, nombor dan warna.

* Sebagai panduan kepada ibu bapa, anak-anak boleh diperkenalkan kepada abjad sambil menyanyikan lagu A-B-C.

* Mereka juga boleh diajar mengenal warna dan bentuk menggunakan mainan mandi.

* Ketika makan, kiralah biji kacang hijau dan lobak merah, usah lupa membaca sekurang-kurangnya dua cerita kepada mereka setiap hari.
Post a Comment