MEMANG membahayakan jika ketika memandu kenderaan, secara tiba-tiba cermin depan mengalami keretakan atau penglihatan tidak begitu jelas kerana kabur pada waktu hujan.
Sebenarnya, cermin depan kenderaan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan ia tidak mudah pecah, retak atau kabur terutama ketika hujan dan cuaca sejuk.
Bagi mengelakkan cermin depan kenderaan mudah pecah, selain mengelap atau mencucinya supaya kelihatan bersih, pemilik perlu mengetahui punca dan sebab berlaku keadaan sedemikian.
Sekiranya cermin depan kenderaan pecah atau rosak, pemilik bukan saja terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan tetapi turut memungkinkan mereka membatalkan perjalanan atau menangguh percutian.
Walaupun ramai pemilik tidak begitu mempedulikan cermin depan kenderaan selain mengelap atau mencuci supaya kelihatan bersih, cermin itu biasanya boleh retak atau pecah kerana beberapa sebab.
Punca utama berlakunya keretakan ialah meletak kenderaan di tempat terbuka sambil dipancar sinaran matahari terlalu lama dengan semua tingkapnya ditutup rapat tanpa ruang untuk udara luar masuk. Jika anda membuka pintu kenderaan, udara sejuk dari luar akan menyerbu masuk, manakala udara panas dari dalam pula akan keluar secara serentak.
Udara sejuk yang terkena cermin itu boleh disamakan seperti besi panas disirami air. Walaupun besi tidak pecah tetapi cermin yang terlalu panas itu jika terkena udara sejuk secara tiba-tiba akan merekah dan pecah. Cermin depan kenderaan retak kerana ia diperbuat daripada campuran plastik bagi mengelak pemandu serta penumpang mudah luka apabila ia pecah dan berterbangan.
Jika diperbuat daripada kaca biasa seperti kaca botol murahan, apabila pecah, serpihannya menjadi tajam dan boleh melukakan.
Selain itu, cermin boleh retak apabila memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan alat pendingin hawa dipasang tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap.
Ini kerana, udara sejuk keluar lalu bertembung dengan udara dari luar yang masuk secara mendadak menyebabkan cermin boleh retak dan lama kelamaan pecah.
Justeru, anda perlu pastikan tiada sebarang keretakan pada cermin kenderaan kerana jika ada, ia boleh pecah hanya disebabkan hentakan kuat ketika perjalanan, terkena objek atau terjemur dalam panas terik. Hujan panas juga boleh menyebabkan cermin pecah terutama apabila kenderaan diletak dalam panas terik dengan tingkapnya tertutup rapat.
Jadi bagi mengelak cermin retak dan akhirnya pecah, cara paling baik ialah dengan meletak kereta anda di tempat teduh seperti di bawah pokok atau tempat letak kenderaan berbumbung.
Sekiranya anda terpaksa meletak kenderaan anda di tempat panas, tutup cermin dengan pelindung khas cahaya matahari yang boleh dibeli dari kedai aksesori atau stesen minyak.
Selain itu, anda juga boleh menutup panel depan kenderaan dengan kain atau kotak yang bukan berwarna gelap.
Anda juga perlu memastikan pengelap cermin kenderaan sentiasa berfungsi dengan baik. Jika ia gagal berfungsi terutama ketika hujan lebat, ia akan mendatangkan kesusahan.
Apabila pengelap gagal berfungsi akibat getahnya sudah keras, anda terpaksa memberhentikan kenderaan kerana sukar melihat.
Justeru, anda perlu memastikan pengelap sentiasa berada dalam keadaan baik dengan memeriksa sistem aliran elektrik, manakala fiusnya masih sempurna.
Bagaimanapun, menukar fius bukan penyelesai masalah dalam jangka panjang kerana anda perlu mencari punca fius itu terbakar. Adakah ia disebabkan pendawaian pada pengelap yang tidak betul atau pendawaian dalam motor pengelap yang rosak.
Cara membersih ruang enjin kenderaan
* Mencuci kekotoran pada ruang enjin kenderaan adalah mudah jika anda mengetahui caranya. Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin kenderaan. Biasanya kekotoran yang melekat pada bahagian enjin tidak dapat dihilangkan menggunakan air selain boleh menyebabkan berlakunya litar pintas sehingga enjin tidak boleh berfungsi dengan baik.
* Gris dan minyak boleh dihilangkan dengan menggunakan minyak tanah atau petrol. Jika menggunakan petrol, jangan gunakan petrol dengan kadar plumbum yang tinggi kerana boleh membahayakan kesihatan.
* Gris dan minyak pelincir jika tidak dibersihkan boleh merosakkan tali kipas, saluran getah serta kabel elektrik pada bahagian enjin. Jadi anda perlu membersihkan gris dan minyak yang melekat pada bahagian itu segera.
* Debu atau lumpur yang melekat pada peralatan elektrik dalam enjin juga perlu dibersihkan. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyerap wap air yang menyebabkan berlakunya litar pintas.
* Endapan berwarna putih yang melekat pada terminal bateri dalam enjin juga perlu dibersihkan. Ia boleh dihilangkan dengan mencucinya menggunakan air panas serta mengelapnya dengan kain bersih. Tetapi anda perlu berhatihati supaya air panas itu tidak masuk ke dalam bateri. Anda juga perlu memastikan lubang pengudaraan pada tutup sel sentiasa terbuka.

No comments:
Post a Comment