MAKAN adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup.
Namun, ada antara kita tidak sedar bahawa makanan yang dimakan itu menyebabkan kita mengalami gatal pada muka atau lebih parah boleh berhadapan dengan maut.
Bagi sesetengah individu, pemilihan makanan adalah penting terutama bagi mengelakkan masalah alahan terhadap makanan atau tidak tahan dengan sesuatu makanan.
Alahan makanan adalah reaksi yang tercetus melalui sistem imun. Hampir enam peratus kanak-kanak dan dua peratus dewasa mengalami masalah alahan terhadap makanan dan angka lebih besar dicatatkan untuk golongan yang tidak tahan dengan makanan.
Tidak tahan laktosa adalah satu contoh tidak tahan makanan. Mereka yang mengalami masalah ini akan menyebabkan kekurangan enzim laktase yang diperlukan untuk mencerna gula, susu atau laktosa dalam susu dan produk tenusu lain. Akibatnya, mereka boleh diserang sakit perut, kembung perut, angin atau cirit-birit.
Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau atau komponen makanan yang bertindak sebagai bahan berbahaya. Sistem imun manusia mencetuskan sel tertentu bagi menghasilkan antibodi immunoglobulin E (IgE) bagi menentang makanan yang membawa masalah. Antibodi berkenaan akan mengesan makanan yang bermasalah dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan beberapa kimia ke saluran darah.
Kebanyakan alahan makanan dicetuskan protein tertentu seperti yang terdapat dalam telur, kekacang, ikan www.1k.dan makanan laut bercengkerang.
Bagi kanak-kanak, alahan makanan biasanya dicetuskan melalui protein dalam makanan seperti susu lembu, gandum dan kacang soya.
Gejala alahan makanan termasuklah rasa seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam hives, kesukaran bernafas, pening, serta bengkak pada bibir, muka, lidah dan tekak. Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.
Cara terbaik mengatasi masalah alahan makanan adalah mengelakkan makanan yang menyebabkan timbulnya gejala alahan. Namun, tidak semua orang boleh menghadapi keadaan ini dengan baik.
Sebagai contoh, jika kacang adalah sebahagian pemakanan anda, sukar untuk anda mencari makanan lain yang sama khasiat dengannya dan keadaan menjadi lebih sukar jika majlis yang anda hadiri menyediakan menu berasaskan kekacang.
Secara keseluruhan, alahan makanan adalah lebih serius berbanding tidak tahan dengan makanan. Ini kerana jika anda alah pada makanan, ia akan menyebabkan timbul pelbagai gejala tetapi jika anda hanya tidak tahap terhadap makanan berkenaan, anda masih boleh memakan sejumlah kecil makanan itu tanpa mendapat sebarang reaksi akibat memakannya.
Langkah-langkah jika mengalami alahan:
* Ketahui apa yang anda makan dan minum.
* Pastikan baca label makanan dengan teliti.
* Pastikan ahli keluarga terdekat atau rakan sekerja anda tahu mengenai alahan yang anda alami.
* Bincang dengan doktor sekiranya mahu membawa epinephrine kecemasan.
* Jika anda menghidapi asma, pastikan jika makan di luar pastikan makanan berkenaan tidak mengandungi sulfites.
* Baca label pada bungkusan makanan dan pastikan anda tidak membeli makanan mengandungi sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium sulfite, sulfur dioxide dan potassium metabisulfite.
2 comments:
salam hanah. alahan makanan adalah satu perkara yg tidak boleh dipandang ringan.mujurnya mak cik sekeluarga tak ada yg alah dgn. makanan, semua boleh makan .
salam cik yam,
Alhamdulillah, buat masa ni, sy takde alahan pun...tapikan, kalau silap pilih ikan, rasa gatal jer tekak, lidah n gusi... adakah sy ada alahan jugak??? huish... org kata, ikan tuh, diorang cuci tak bersih...or ikan tu ikan lama...sbb tu jadi macam tu.
Post a Comment