Wednesday, February 3, 2010

Elak tabiat buruk

Tabiat buruk yang perlu dielak bagi bina kerjaya ;

Jangan menolak tugas

Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk berjaya dalam kerjaya tinggal angan-angan.

Menangguh kerja >>> aku tak suka menangguhkan kerja, sebab kesannya amat perit

Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

Salah guna harta syarikat >>> telefon, mesin fotokopi amat jarang digunakan cuma melayari internet bila kepala dah 'weng' akibat terlalu lama mengadap keje☺

Jangan menggunakan harta syarikat, seperti telefon, mesin fotokopi, melayari internet sewenang-wenangnya. Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

Bergosip dan berpuak-puak >>> Rugi kalau hidup berpuak² kat opis ni :☺

Sikap negatif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

Datang lewat >>> huhuhu... sering agak kelewatan☺tapi, boleh diperbaiki, kalau angan aku jadi kenyataan.

Disiplin amat penting bagi menentukan hala tuju hidup, jka gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal .

3 comments:

Anonymous said...

salam hanah. bagus article ni, diharap kawan2 yg membacanya menghayatinya juga.apa2 pun disiplin yg penting agar semuanya selamat .

dkama said...

lamak punch card merah pulak... hahaha PEACE...

sharhanah said...

cik yam: Itu la... sesuaiii sangat ngan saya nie...hihihi

dkama: sy tak pakai punch card, tapi kena tulis dalam buku kedatangan...selalu nama sy paling bawah, sebab lambat sampai :)