Wednesday, February 24, 2010

Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya...

1. Jersi bola sepak

Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?

2. Telefon iPhone

Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.

3. Monitor LCD kereta

Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.

4. Sport rim

Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!

5. Tiket perlumbaan F1 Sepang

Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.

6. Permainan video

Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

7. MP3

Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!

8. Kasut futsal

Perlu bagi seorang wanita `mencintai' apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

9. Set mengurut elektronik

Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?

10. Kejutan majlis hari jadi

Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.

3 comments:

Anonymous said...

salam hanah. susah2 sangat nak beli hadiah untuk teman lelaki tak payah beri apa2 ....hehe.. duit tak habis. kalau dia appreciate bagus juga. tapi yg tak reti berterima kasih...sedih juga dahlah habis duit..hati pula sakit.

sharhanah said...

salam cik yam, yerlah.... betul tu... saya sokong sesangat. Buang duit jer kan... kih kih kih. Kita punya la pilih adiah, buang masa lak tu... pastu siap balut dengan kasih sayang, skali, ampesss... better, blanja makan jer lah.

chentasasau said...

any idea for suprise bezday?ouh..help me...we will go to an island..but still dont have any idea about the suprise bezday...what can i do there???