TIP pengendalian makanan
* Amalkan kebersihan diri.
* Cuci tangan dengan betul terutamanya selepas ke tandas; mengendalikan sisa makanan; merokok atau menghembus hidung; mengendalikan makanan mentah; dan sebelum mengendalikan makanan yang telah dimasak.
* Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
* Memakai pakaian yang bersih dan penutup kepala.
* Membalut luka dengan pembalut kalis air.
* Menanggalkan semua barang kemas dan aksesori termasuk jam tangan, cincin dan gelang sebelum mengendalikan makanan.
* Mengamalkan tabiat pengendalian makanan dengan baik.
* Gunakan sudu, garpu atau penyepit untuk mengendalikan makanan yang telah dimasak.
* Gunakan kain/tuala berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan dapur.
* Gunakan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan telah dimasak.
JANGAN
* Mengorek hidung dan telinga semasa mengendalikan makanan.
* Makan atau merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sireh.
* Batuk atau bersin ke arah makanan.
* Menyentuh permukaan dalam pinggan mangkuk atau cawan semasa menghidang.
* Menggaru kepala apabila menghidang makanan.
* Menjilat jari atau menggunakan sudu yang tidak dicuci untuk merasa makanan.
* Meniup beg plastik atau bungkusan makanan atau minuman.
* Menggunakan bahan bercetak seperti akhbar untuk membungkus makanan.
* Gunakan peralatan yang retak, pecah dan rosak.
1 comment:
salam hanah, juaralah kali ni. satu tips yg berguna.hanah takutlah tengok mata road runner asyik pandang semacan je ke auntie ni..hehehe..
Post a Comment