DENGAN pelbagai kad kredit yang ditawarkan di pasaran, adalah penting untuk anda memilih kad kredit yang menepati keperluan anda. Berikut adalah beberapa tip dalam memilih kad kredit atau menilai kad kredit yang ada pada anda:
* Hadiah promosi
Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Walau bagaimanapun, sebelum memohon, adalah penting untuk anda memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran tersebut. Telitilah syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadiah promosi dan denda yang akan dikenakan jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi.
* Kadar caj rendah sementara
Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj-caj tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yang rendah dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput. Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dengan begitu jelas, iaitu dengan menggunakan saiz fon yang kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yang mengandungi banyak muka surat.
Anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
* Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah
Sebahagian besar keuntungan perniagaan kad kredit adalah berpunca daripada caj kewangan. Anda akan dikenakan caj kewangan jika anda tidak membayar sepenuhnya baki belum jelas selepas tamat tempoh masa tanpa faedah berakhir. Walau bagaimanapun, bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, anda mungkin dikenakan yuran dan caj kewangan bermula dari tarikh urus niaga tersebut dibuat. Halakan tumpuan anda kepada yuran pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, caj kewangan dan tempoh tanpa faedah yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit tersebut.
1 Tempoh tanpa faedah
Pengeluar kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah, yang biasanya 20 hari, dari tarikh urus niaga mula direkodkan atau tarikh penyata sehingga tamat tempoh berakhir, kecuali dalam transaksi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yang menawarkan tempoh tanpa faedah yang lebih panjang.
2 Caj untuk pendahuluan wang tunai/pemindahan baki
Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan yuran di samping caj kewangan apabila anda menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai atau pemindahan baki. Yuran bagi pendahuluan wang tunai mungkin dalam lingkungan 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu, pilihlah kad kredit yang mengenakan yuran yang rendah bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki.
TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJ
Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh mengecapi manfaat yang diperolehi daripada penggunaan kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya:
* Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluar kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
* Gunakan kad ATM anda untuk membuat pengeluaran tunai. Pendahuluan wang tunai melalui kad kredit harus dilakukan sebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagi pendahuluan wang tunai adalah tinggi.
* Elakkan daripada dikenakan kos kad kredit yang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan seperti yang tercatat pada penyata kad kredit. Pastikan alamat anda yang disimpan oleh pengeluar kad kredit ad alah tepat agar penyata bulanan diterima dengan secepat mungkin.
* Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempoh pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yang harus anda bayar. Langsaikan baki belum jelas anda supaya faedah tidak akan dikenakan.
* Hadkan jumlah kad kredit yang dipegang berasaskan keperluan dan kemampuan pembayaran anda.
* Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Sebagai contoh, pengeluar kad kredit anda mungkin akan menaikkan yuran atau menukar syarat-syarat pemegangan kad kredit.

1 comment:
walaupun ade credit card tapi chik na selalunya guna cash or debit kad untuk berbelanja. Kredit kad cuma spare bila travel overseas.
Post a Comment