My Followers

8 perkara yang dapat membantu anda mengingati hari lahir

Psttt... jeng³... tahun baru, kalendar baru... azam duk tang tu gak la... Tadi, aku duk sibuk membuat planner untuk tahun 2010. Letak tarikh² event yang telah kluar tue (yg slalunya hubby kena ikut dan yang pastinya, aku kena ler tinggal) Pastu, letak tarikh penting² jer mcm birthday anak beranak kat dalam tu... anniversary... padahal, aku ingat saja jer... Bukan apa pun, takut TERLUPA....☺ J0m layan 8 perkara yang boleh membantu kita mengingati especially, hari lahir.


* Senaraikan semua nama individu penting dalam hidup anda.

* Catat tarikh hari lahir mereka dalam kalendar konvensional, telefon bimbit, diari, komputer dan juga daftar peringatan online.

* Jika anda tidak mengetahui kesemua tarikh berkenaan, berusaha mendapatkannya lebih awal.

* Setiap kali anda menerima undangan parti hari lahir, catatkan juga dalam setiap kalendar tadi. Catat juga tarikh hari lahir mereka yang anda terlupa untuk ucapkan.

* Sediakan sebuah kotak yang boleh menyimpan sebilangan kad ucapan hari lahir supaya mudah untuk anda berikan bila tiba hari lahir seseorang.

* Setiap permulaan sesuatu bulan, semak kalendar hari lahir dan sediakan kad ucapan lebih awal. Memadai jika menulis nama, alamat dan ucapan ringkas untuk rakan anda itu terlebih dulu. Menjelang hari lahir mereka, barulah titipkan ucapan yang lebih panjang.

* Setiap minggu, semak semula senarai tarikh lahir itu dan kirimkan kad ucapan yang sudah disediakan.

* Kemas kini juga alamat rakan anda jika ada yang sudah berpindah.
Post a Comment