My Followers

Info Bantal ☺

Psttt ... aku suka bantal kekabu ... tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut.... yg sedang² aje yer... sampai sekarang ni, aku ada bantal febret... kalau sapa² amik, aku tuntut sampai dapat! Tapi, bila balik kampung, perang dingin akan berlaku antara aku dan adik bongsu. Sebenar²nya, bantal yg dia tido skrg adalah bantal aku waktu bujang dulu. Last², dapat kat dia. Aku mintak, dia tak akan bagi. aku ingat nak beli bantal 2,3 bijik untuk tetamu yang datang... cian depa, kekadang depa tido berbantalkan lengan jer... Apa²pun j0m kita ushar tips untuk memilih bantal...

Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk membeli bantal:

1) Tentukan saiz sesuai

Saiz bantal mestilah bergantung kepada saiz katil. Bagi katil kembar (twin), anda mungkin akan memilih bantal standard. Bagi katil jenis queen, anda menggunakan dua bantal queen dan katil jenis king, anda akan menggunakan dua bantal king.

2) Cara tidur

Adakah anda tidur terlentang, mengiring, atau meniarap? Jika anda tidur meniarap, anda mungkin memerlukan bantal yang leper dan jika anda tidur secara mengiring atau meniarap, anda mungkin mahukan bantal yangmampu menyokong leher. Kebanyakan jenama bantal berkualiti akan memberi anda maklumat mengenai pilihan bantal yang menepati keperluan anda. Cuba beberapa bantal yang berlainan sehingga anda menemui bantal yang paling memberi keselesaan.

3) Kandungan bantal

Selain saiz, perkara penting yang harus ditentukan adalah jenis kandungan bantal yang dimahukan. Lebih tinggi kualiti isi kandungan bantal, lebih tinggi kualiti bantal berkenaan. Bantal jenis `foam' dapat memberi sokongan yang teguh kerana bentuknya tidak mudah berubah walaupun kedudukan tidur anda berubah-ubah. Bantal yang berisi bulu burung (feather) pula lebih lembut yang mana anda boleh memeluknya dengan mudah. Tentukan, sama ada anda perlukan bantal yang isinya padat ataupun jenis yang lembut.
Post a Comment