Tuesday, January 26, 2010

Fungsi lampu kecemasan


PERHATIKAN kenderaan yang memasang lampu kecemasan (hazard light) ketika hujan lebat.

Jika anda salah seorang dari mereka, atau kenal sesiapa yang sering melakukannya, pastikan anda dan mereka berhenti mengamalkan tindakan merbahaya itu.

Ya, mungkin sekilas pandang lampu kecemasan itu memberi amaran akan kedudukan kereta anda ketika hujan lebat. Tetapi sekiranya anda ingin belok ke kiri atau ke kanan, bagaimana anda ingin memberitahu kenderaan lain jika lampu kecemasan sedang digunakan? Turunkan tingkap semasa hujan dan hulurkan tangan?

Oleh kerana itu, undang-undang mengharamkan penggunaan lampu kecemasan semasa kenderaan sedang bergerak. Ia hanya boleh digunakan apabila kenderaan sudah berhenti sepenuhnya.

Semasa hujan lebat atau kabus tebal, anda boleh memasang lampu kereta anda. Sekiranya hujan terlalu lebat, BH Auto sarankan anda berhenti di tempat yang selamat dan tunggu sehingga hujan reda.

2 comments:

Purpleheart said...

time kasih atas maklumat yang diberi

Purpleheart said...

time kasih atas maklumat yang diberi