Monday, January 25, 2010

Tip membeli telefon bimbit


Sebelum membeli :

* Kenalpasti lokasi pembelian yang meyakinkan.

* Rancang perbelanjaan mengikut kemampuan.

Mencari maklumat dan mengenalpasti ciri-ciri telefon bimbit yang diingini.

Semasa membeli :

1. Membuat tawar-menawar dan perbandingan harga terlebih dahulu.

2. Jangan memberitahu bulat-bulat anggaran bajet anda. Buat anggaran.

3. Fahami jaminan (warranty) yang diberi:

a) Jenis jaminan (jaminan kedai atau pengeluar)

b) Tempoh jaminan

c) Jaminan meliputi: LCD, Speaker, Software, Bateri atau kesemua set lengkap

4. Kenal pasti telefon tersebut samada set asli (original) / set AP

5. Pastikan telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik.

6. Pastikan terdapat cop sirim, sticker `void', barcode dan tarikh dikilangkan.

7. Periksa nombor E-MEI yang terdapat pada jurujual dan telefon adalah sama.

8. Jika anda berpuashati, barulah anda membuat pembayaran.

No comments: