KEMALANGAN berlaku tanpa diundang. Ia selalu menjadikan pemandu terkejut dan bingung, lantas kehilangan punca dan tidak tahu bagaimana mahu mengatasi situasi sebegini. Perkara paling penting perlu dilakukan ialah BERHENTI. Ia adalah tindakan yang paling bertanggungjawab bagi anda walaupun anda tidak bersalah. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan boleh mengawal situasi yang terjadi.
Bagi mengelakkan suasana kekeliruan dan kelam-kabut, di sini terdapat beberapa tips dari Naza:
1 Jika terdapat kemalangan atau kematian, jangan berlengah lagi untuk menghubungi ambulan dan polis.
2 Segera tukarkan kepada lampu kecemasan supaya pemandu yang lain boleh nampak dengan jelas kemalangan yang terjadi.
3 Mengubah mangsa atau kenderaan yang terbabit adalah tidak digalakkan melainkan jika ia menghalang lalu-lintas. Jika ada mangsa terbaring di atas jalan raya, segera pindahkan ia ke tempat yang lebih selamat.
4 Bagaimana jika anda yang menjadi mangsa? Apa yang perlu anda buat ialah terus bertenang dan jangan bergerak. Anda mungkin akan membahayakan diri anda sendiri jika anda mengalami kecederaan serius seperti tulang patah atau pendarahan dalaman.
5 Dapatkan rawatan dengan segera kerana jika ia dilengahkan, pemandu lain yang terbabit mungkin akan mendakwa yang kecederaan anda berlaku di antara masa kemalangan sehingga anda berjumpa dengan doktor.
6 Jika anda cedera, anda harus terus berada di tempat kejadian. Ketika itu, ambil beberapa butiran tentang kemalangan dengan segera. Beberapa perkara yang harus ditulis ialah:
* Tarikh dan masa kemalangan berlaku
* Lokasi kemalangan
* Keadaan cuaca dan kejelasan pandangan
* Keadaan jalan sama ada ia licin, basah atau kering
* Bagaimana kemalangan itu berlaku
7 Bertukarlah informasi dengan pemandu lain yang terbabit. Anda juga patut mengambil butiran syarikat insurans mereka dan jika ada saksi, ambil nota dari mereka.
8 Bagi kemalangan yang membabitkan nyawa, buat laporan polis secepat yang mungkin. Bagi membuat laporan berkenaan, dapatkan bantuan pihak polis atau syarikat insurans anda.
9 Dapatkan khidmat penarik kereta jika kereta anda rosak teruk. Jika tidak, pandu kereta anda ke bengkel paling dekat.
Ada di antara kita yang mempunyai telefon kamera. Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar tempat kejadian sebelum mangsa atau kenderaan ditarik keluar.
No comments:
Post a Comment