Tuesday, December 22, 2009

Lorong laju atau lorong memotong?

PERNAHKAN anda memandu di lorong paling kanan pada had laju maksima yang dibenarkan dan tidak berganjak apabila ada kereta di belakang anda meminta laluan?

Jika pernah, anda yang bersalah.

Semakin ramai pemandu yang beranggapan bahawa lorong paling kanan ialah lorong laju, dan mereka boleh terus berada di lorong berkenaan selagi mereka berada pada halaju maksima yang dibenarkan.

Ini ternyata adalah salah dan boleh menyebabkan kemarahan pada pengguna lain.

Lorong paling kanan hanya boleh digunakan untuk memotong kenderaan yang perlahan dan anda perlu masuk balik ke lorong kiri.

Anda tidak berhak menyekat kenderaan lain yang dipandu lebih laju daripada had laju kebangsaan kerana itu bukanlah tugas anda.

Bayangkan sifat keras kepala anda tidak mahu berganjak dan yang anda halang itu seorang ketua penyagak.

Bukankah itu mencari nahas namanya?

Oleh itu, beralah dan beri sahaja laluan. Jika anda tetap degil, hubungi Litar Sepang dan berlumbalah anda di sana.

No comments: