My Followers

Balik keje naik bas!

Phewww ... sampai gak kat rumah!! Macam2 hal ler sepanjang nak sampai tu. Slalu nyer, aku balik ngan suami. Tapi, hari ni terpaksa ler balik sendiri disebabkan suami kena keje luar office & pakai kete. Nak tunggu, takut lambat laks ... cian kat anak².

Dan selalunya, lau aku balik sendiri, aku naik teksi jer. Tapi, masih awal kan, aku tahan bas jer la. Naik bas turun kat Kotaraya, KL. Terpaksa la ber'catwalk' sampai ke menara Maybank. Uwaaa ... kenderaan banyak wooo ... payah tul nak melintas seberang jalan.

Akhirnya, dapat gak la naik bas. Huhuhu ... merebut² macam tak pernah naik bas laks diorang ni. Cian tul kat aku :( Dalam bas tu, MasyaAllah, ni Malaysia ke atau aku yang foreigner? dah macam sardin dalam tin ... Huhuhu, sabau ja la ... (dalam kepala ni, NAK CEPAT SAMPAI AWAL ... ) Apa² jer la oiii ..

Berdesuppp bas tu bergerak. Aku berdiri arrr ... jangan harap ler dapat duduk. Berdiri dan berpaut kat tiang. 1 tiang, 2,3 tangan melekat tang situ. Uishhhh!! lemas tul. Tetiba jer, aku dengar reramai suh bukak pintu. Rupa²nya, ade sowang mamat foreigner/local (aku pun tak sure) jari ibu terkepit ngan pintu bas. Darah tu memancut² arrr... uwaaa... DARAH! Time tu memang dia nak turun pun kat next station. Semua orang dalam bas dapat tengok jer la, sapa sekoq pun tak tolong. Pitty of him.

Itu 1 hal! ni plak yang aku nak karate-do ni sebab ade lagih sowang lelaki (rendah & berusia dah) mai besh jer sandar kat aku. Mula tu aku tak prasan pun, tapi lama-kelamaan, aku rasa sempit jer tempat aku berdiri tuh. USHAR belakang, ada org yg berdiri dengan rilex skali! (yer la, dah menyandar besh punya!) Aku terus mengalih ke tmpt lain. Eiiii .... buncii betui!!!

Sesampai jer, terus aku picit butang loceng yang jauh. Sebab, yang dekat tu, rosak. Cesss ... menyampah tul! Lagih la plak nak turun, punya la payah nak meredah lautan manusia yang berbau² tuh. Terus ke rumah babysitter, nampak anak² dari jauh, terus hilang pengalaman tadi. Sejam, rasa macam setahun aku dalam bas tuh.

Alhamdulillah, aku slamat gak sampai.
Post a Comment