Langkah 1
* Lakukan `ujian kewangan kendiri. Analisis objektif kewangan, kekangan (halangan) dan ketahanan terhadap risiko.
* Tanya diri sendiri sama ada anda sudah bersedia dari segi kewangan untuk melabur di pasaran saham?
* Jangan sekali-kali meminjam untuk melabur di pasaran saham kerana sentiasa turun naik, anda boleh kehilangan wang yang dipinjam.
Langkah 2
* Syarikat broker saham anda dan wakil peniaganya (remisier) mesti dilesenkan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
* Untuk semakan, layari lawan web SC di www.sc.com.my atau hubungi 03-6204 8000 (Jabatan Pelesenan).
Langkah 3
* Bagi membolehkan anda melabur di pasaran saham, anda perlu membuka akaun CDS (Sistem Depositori Pusat) dan akaun dagangan di syarikat broker saham anda. Akaun ini adalah untuk kegunaan eksklusif anda.
* Jangan benarkan sesiapa, termasuk wakil peniaga anda menggunakannya untuk urusniaga mereka sendiri.
Langkah 4
* Ketahui produk yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. Buat penyelidikan dan dapatkan maklumat secukupnya dari segi ganjaran dan risiko serta cara melabur dalam produk terbabit daripada wakil peniaga anda.
* Anda boleh melawat laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com atau laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk pelaburan yang ditawarkan.
Langkah 5
* Pelajari prosedur urus niaga. Gagal memahami sepenuhnya mengenai prosedur urus niaga boleh mengakibatkan kerugian yang disebabkan kesilapan teknik. Minta wakil anda menjelaskan kepada anda.
Langkah 6
* Ketahui mengenai syarikat yang ingin anda melabur. Sebelum melabur, buat penyelidikan terhadap syarikat yang anda bercadang untuk membeli sahamnya.
* Kenali syarikat itu dengan membaca prospektus, laporan tahunan dan artikel dalam akhbar.
* Keputusan pelaburan anda mestilah berdasarkan maklumat. Elakkan khabar angin (tips).
Langkah 7
* Berikan arahan yang jelas. Arahan anda kepada wakil peniaga mestilah jelas.
`Fifteen' (15) lot dan Fifty" (50) lot bunyinya mungkin sama di telefon.
* Berhati-hati kerana di pasaran saham, komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang banyak.
Langkah 8
* Semak nota kontrak anda. Selepas anda berurus niaga, semak dengan teliti setiap nota kontrak sebaik saja anda menerimanya.
* Jika terdapat sebarang kesilapan, hubungi syarikat broker saham anda dengan segera untuk membuat pembetulan.
Langkah 9
* Pantau pelaburan anda. Jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Perkara yang anda tidak ambil peduli itu mungkin nanti boleh menyusahkan anda.
Langkah 10
* Penuhi tanggungjawab dan laksanakan hak anda! Sebagai pelabur, anda mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi dan hak untuk dilaksanakan.
* Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah sebagai pemegang saham sesebuah syarikat. Jangan mengabaikannya.
* Pelajari lebih lanjut mengenai tanggungjawab dan hak anda dengan melayari laman web Pelabur Malaysia secara percuma di www.min.com.my.
- harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.
2 comments:
teringin juga nak main saham
tapi xder lobang n pengetahuan cukup
tips nih beguna juga..
mekasih!
Mr_aMAd: Sama²
Post a Comment