My Followers

Masa yang pergi ...

Salam,
(Writing time!! )

Dah agak lama tak menulis... Ni, baru la berkempatan :) Selama ni...n3, penuh dengan info-info yang kadang-kadang berkait rapat ngan aku... dan kadang-kadang, ada benda yang ingin sangat aku tau, n3 kali ni, biarlah aku laks yang menulis yerk...

Em... selama aku tak pakai bibik, rutin hidup kembali padat dan sendat. Macam-macam nak buat... kadangkala, masa berlalu pergi macam tu jer. 24 jam, rasa macam tak cukup! Itulah kenyataan.

Alhamdulillah, Arissa dah kembali ke KL! Maka dengan itu, hidup aku kembali ceriaaa... Sofea?? lagih la suka, ada kawan kat rumah ... dan aku? tak ler nangis guling-guling rindu sama adik lagih... hihihi. Dan sekarang, aku antar diorang kat rumah babysitter baru (kisah pencarian satu bab ler plak... klakar dan magik) rasanya okay kut....

Semenjak sebulan Sofea kat nursery, dia dah pandai pakai baju sendiri (dah kurang 1 keje i .. hihihi) Cuma Arissa jer la... belom reti-reti lagi. Tapi, bab nak makan, dia nak suap sendiri la plak. Kiranya, lantai rumah tu, hari-hari kena mop... lau tak, melekittt. Dan paling payah nak handle, bila diorang bergaduh. Waduh, tension wooo... si kakak takmo nak mengalah (kenapa yerrr??) Semua mainan, dia YANG punya... Si adik, terpaksa tunduk mengalah. Kadang-kadang tu, kecian kat adik. Mama dia pun tak tau nak buat macam mana lagih (any ideas?) beli 2 mainan pun tetap kakak rasa dia yang punya. Abah buat garang pun tak memadai untuk menakutkan si kakak.

Biarlah masa pantas berlalu.... biarlah ia pergi... dan biarlah kehidupan ini mengikut rentaknya. Dan aku, perlu lebih bersyukur dengan apa yang telah ada.
Post a Comment