My Followers

Nutrien penting untuk tumbesaran

PERKEMBANGAN pertama yang terbina ketika manusia berada dalam kandungan adalah otak dan selepas lahir, ia akan berkembang jumlahnya menjadi berbilion sel. Sel otak akan sentiasa berkembang dan bekerja untuk mempelajari perkara baru.

Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik, tetapi pengalaman yang dilaluinya dan apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat.

Namun, berbilion sel otak yang terdapat dalam otak kanak-kanak perlu dimanfaatkan, kerana jika tidak digunakan sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang.

Bagi memperkembangkan stimulasi otak, kanak-kanak boleh didedahkan dengan pelbagai aktiviti perkembangan motor, kognitif, fizikal, emosi dan estetika selain pengambilan nutrisi yang betul sejak dalam kandungan mahupun selepas kelahiran.

Pengarah Perubatan Antarabangsa Abbot Nutrition, Profesor Pedro A Alarcon, berkata 80 peratus sel otak kanak-kanak berkembang secara mendadak berbanding orang dewasa dan kombinasi pengambilan nutrisi pada saat pembesaran adalah penting sebagai sokongan.

"Asid docosahaxaenoik (DHA) yang terhasil daripada alfa linolenik asid (Omega-3) adalah penting kerana ia bertindak dengan mengatur fungsi otak selain perkembangan sistem saraf seluruh badan serta kebolehan visual pada enam bulan awal pertumbuhan.

"Omega 3 ini boleh didapati daripada pengambilan lemak ikan air sejuk dan minyak ikan. Selain, pengambil nutrisi lain yang terdiri daripada taurina, kolina, asid linoleik (Omega-6), asid amino (AA), zat besi dan zink juga penting bagi pertumbuhan dan perkembangan secara menyeluruh dari dalam kandungan sehingga peringkat dewasa,"
katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas profesor pediatrik memberitahu, selain DHA yang bertindak sebagai nutrisi utama bagi perkembangan otak kanak-kanak, fosfolipid, molekul yang terdiri daripada lemak dan komponen penting dalam semua sel mambran juga mempunyai peranan penting.

Bersesuaian dengan keperluan itu, Abbot Nutrien memperkenalkan Gain Plus Eye Q Susu Pra Sekolah untuk kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga dan Gain Kid Advance Eye Q bagi tiga tahun ke atas.

Sistem nutrisi Gain Eye Q yang dirumus khas itu mengandungi nutrisi keperluan harian antaranya DHA, AA, kolina, taurina dan fosfolipid baik untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Selain memberi tumpuan kepada perkembangan minda kanak-kanak, Gain Eye Q turut memberi penekanan terhadap pembesaran secara keseluruhan bagi memastikan kepintaran dan kecerdasan dalam pembelajaran.

INFO

Khasiat penting untuk perkembangan si kecil

* Fosfolipid - didapati dalam meilin, lapisan perlindungan yang mengelilingi sel-sel saraf dalam otak yang sedang berkembang dan penting untuk memberi fungsi isyarat membran sel.

* Asid linolenik alfa - Sejenis asid lemak omega-3 yang mesti diperoleh daripada sumber pemakanan dan penting untuk perkembangan minda selain boleh ditukarkan ke dalam bentuk DHA.

* Asid linoleik - Sejenis asid lemak omega-6 yang mesti diambil daripada makanan dan ia membantu untuk perkembangan otak serta saraf dan boleh ditukarkan kepada AA.

* Taurina - Antara asid amino yang penting dalam otak dan retina. Ia penting untuk kepantasan dan keberkesanan komunikasi antara saraf.

* Kolina - Juga dikenali sebagai vitamin `pengingatan' berikutan ia memberi manfaat dalam pembelajaran.

* Zat besi - Diperlukan bagi pembentukan darah merah yang membekalkan oksigen dalam badan. Selain itu ia juga berkesan untuk komunikasi antara sel saraf.

* Lutien - Boleh didapati dalam tumbuhan hijau seperti bayam dan ia bertindak sebagai antioksida dan penyerap cahaya biru yang mampu merosakkan daya penglihatan.

* Lipids - Terdiri daripada kumpulan molekul semula jadi yang terdiri daripada lemak, vitamin lemak larut seperti (vitamin A, D, E dan K).
Post a Comment