My Followers

Cara pujuk tersayang...

ADAT berkasih, ada pasang surutnya dalam menjalin hubungan. Malah, suami isteri sendiri tidak terkecuali berdepan konflik dalam melayari bahtera perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...

Merajuk dan berkecil hati sudah menjadi rencah kehidupan. Kalau tidak wanita yang merajuk, lelaki pula berkecil hati. Masing-masing berhak meluahkan perasaan kesan daripada insiden yang mungkin menjadi punca perbalahan.

Tiada salahnya merajuk, namun pastikan protes jiwa itutidak memudaratkan hubungan hingga membawa krisis lebih besar.

Maka, jalan terbaik untuk memastikan hubungan kembali mekar, salah seorang harus memulakan langkah mengalah dan mengetepikan ego agar kasih kembali bertaut.

Sedar atau tidak, situasi ini sebenarnya menguji kasih sayang. Lakukan kejutan dengan membeli hadiah, membawa menonton wayang dan menikmati makan malam penuh romantis - bukankah itu mampu meredakan hati yang sedang luka?

Ikuti komen lelaki dan wanita mengenai cara mereka memujuk si dia...

Mohd Arizan Rozaid, 22, Penolong Pegawai Belia dan Sukan

"TIDAK salah berbelanja sedikit untuk memujuk tersayang. Bagi saya, idea menghantar sendiri bunga dan kad adalah jalan terbaik meredakan kekeruhan. Ada torang berkasih, pasti ada ketikanya konflik datang menguji."

Hartini Embong, 25, Pegawai Pemantau Harga

"INILAH masanya untuk kita membuktikan rasa sayang kepada pasangan. Usah biar masalah terlalu-lama membelenggu, ajaklah si dia keluar makan dan berbincang cara baik. Pastikan tutur bahasa lembut dan tidak salah mengungkap kata-kata sayang."

Nurul Hafeezah Abdullah, 24, Kakitangan Kerajaan

"BAGI saya, petua terbaik memujuk si dia ialah dengan membeli barangan kesukaannya. Tetapi tidaklah pula sampai membebankan kita, beli biarlah berpada-pada.

Ajak keluar membeli-belah bukan saja dapat bertentang mata dengannya malah membantu menjernihkan kembali hubungan."

Shahful Shaffiq Mohd Salleh, 24, Tutor dan Pereka Grafik

"SENYUMAN adalah cara terbaik memujuk insan tersayang. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum orang yang dikasihi. Senyuman cukup membuatkan wajah si dia kembali bersinar.

Betapa indahnya senyuman yang diukirkan kepada kita, begitulah nikmat yang dirasakannya apabila anda tersenyum padanya."


Puniyhavalli Decarajer, 24, Kakitangan Sektor Awam

"MEMUJUK tidak terhad kepada pasangan kekasih semata-mata. Tidak salah untuk memujuk ibu bapa dan memeluk mereka, selain melakukan perkara yang boleh menggembirakan.

Saya jika hendak memujuk ibu, saya akan mainkan lagu kegemarannya... Tersenyumlah dia."

Mohd Maizureen Mohd Nor, 32, Pengurus Pengiklanan

"PENTING untuk kita mengenepikan egobagi memastikan hubungan kembali erat dan mesra seperti sediakala. Tidak salah mengungkap kata maaf, selain cuba memujuk untuk menghadiahkan sesuatu sebagai tanda bersalah. Dalam hal ini, kita perlu lebih rasional."
Post a Comment