Saturday, November 7, 2009

Elak perhiasan kecil kumpul habuk

PERSIAPAN mengadakan rumah terbuka memerlukan pelbagai perancangan rapi dan penataan ruang dalaman penuh gaya.

Menukar langsir dan sarung kusyen baru antara persiapan sinonim untuk Syawal dan rumah terbuka.

Bagaimanapun, langsir atau sarung kusyen lama tidak semestinya menghilangkan keceriaan sambutan rumah terbuka anda.

Serlahkan daya kreativiti dengan menampilkan konsep suai padan, kombinasi serasi atau mengubah kedudukan perabot tetap menampilkan suasana ruang berbeza.

Mulakan aktiviti mengemas rumah dengan mengelap permukaan kabinet, meja dan almari hiasan menggunakan kain basah.

Elak menggunakan bulu ayam atau bulu sintetik kerana ia menyebabkan debu atau habuk.

Langkah kedua, lap aksesori hiasan termasuk gambar berbingkai, bekas bunga dan jambangan bunga tiruan dengan teliti.

Jika terlalu sibuk untuk mengelap, elak mengumpul perhiasan kecil supaya tidak menjadi tempat pengumpulan habuk.

Gunakan gumpalan surat khabar lama untuk mengelap tingkap dan pintu kaca yang disembur cecair pencuci khusus untuk kaca.

Kemudian bersihkan jubin atau kayu menggunakan cecair pencuci haruman supaya permukaan lantai kelihatan lebih bersih dan wangi.

Selepas permukaan lantai kering barulah memulakan kerja menyedut habuk menggunakan mesin penyedut hampagas.

Lakukan proses pembersihan secara menyeluruh dari sudut ke sudut yang lain termasuk di bawah almari, meja dan sofa.

Sesetengah fabrik sofa boleh dibersih menggunakan mesin berkenaan, tetapi anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan.

Alih atau gulung permaidani untuk membersihkan lantai yang biasanya dilitupi permaidani berkenaan.

Meletakkan buku dan majalah bagaikan satu kemestian di ruang tamu dan susun secara teratur mengikut ketinggian dan warna.

Mengemas ruang dapur juga penting kerana ada kalanya tetamu membantu anda menghidang makanan.

Asingkan sisa makanan ke bekas lain atau buang ke tong sampah sebelum pinggan dilonggokkan ke sinki.

Jangan lupa menyapu sampah walaupun sedikit dan bersihkan permukaan lantai menggunakan pencuci yang mempunyai haruman.

2 comments:

monalea said...

memang perhiasan kecik kecik ni nyimpan habuk banyak. rumah lea bbenda benda yg kecik ni semua dah simpan kotak dah

Mysunshine cake said...

salam
come join mysunhine giveaway & CD fund for rumah titian ashraful rohaniah. visit
http://mysunshine2u.blogspot.com
http://rumahtar.blogspot.com