Sunday, October 25, 2009

Tabur soda penaik atas tilam neutral bau

JIKA mengantuk, di mana saja boleh terlelap namun bilik tidur yang bersih khususnya tilam yang baik tentunya banyak membantu untuk mendapatkan tidur yang lena.

Tilam yang kurang elok juga boleh membuatkan seseorang itu resah sepanjang malam gara-gara sukar melelapkan mata.

Untuk tidur lena, antara caranya adalah menjaga tilam supaya ia bukan saja tahan lama tetapi membantu mendapatkan tidur lena. Ubah kedudukan tilam setiap beberapa bulan di samping membersihkan tilam menggunakan vakum. Tetapi sebelum itu, boleh dicuba menabur soda penaik pada tilam untuk meneutralkan baunya.

Alas atau cadar tilam juga harus sering dibersihkan. Ketika cucian, antara cara boleh dicuba adalah mengeringkannya pada bahagian pengering dengan suhu lebih rendah untuk mengelakkannya daripada mengecut.

Selain itu, luangkan waktu untuk membersihkan bahagian bawah katil supaya habuk tidak terkumpul keterlaluan.

Bahagian sisi katil pula tidak perlu diletakkan pelbagai barangan. Simpan barangan tidak perlu atau berlebihan di kabinet atau hantarkannya ke pusat kitar semula jika ia tidak digunakan lagi.

2 comments:

naz ilyn said...

salam... letak soda penaik atas tilam baru akak tahu bolehlah cuba.

sharhanah said...

salam kak, Saya pun baru tau... sebelom nie, tak penah lak dengar. Pasni, kita tabur soda jer atas tilam. Mudah dan senang ;)