Sunday, October 25, 2009

Stereng juga perlu perhatian

SUDAH menjadi lumrah pemilik kereta akan menukar stereng kenderaan masing-masing bagi memberi kepuasan ketika memandu selain kelihatan lebih sporty walaupun harganya mencedah ratusan ringgit.


Bagaimanapun, jangan mudah terleka soal penjagaan stereng tanpa memberi perhatian kepada bahagian bawah batang stereng terutama dua lengan (knuckle arm/stering arm), kerana kelalaian mengendalikannnya dengan sempurna boleh menyebabkan tragedi tidak diduga.


Sistem stereng tidak baik perlu diperbetulkan segera sebelum mendatangkan kemalangan yang menyebabkan kerugian besar.


Terdapat dua lengan stereng pada setiap kereta dan reka bentuknya mungkin berlainan sedikit atau tidak sama antara model. Namun fungsi dan penyelenggarannya tetap sama.


Jika anda memutar stereng, menggerakkan dua lengan stereng ke kiri atau ke kanan. Lengan stereng kiri berfungsi mengerakkan roda kiri manakala yang kanan menggerakkan roda kanan.


Lengan stereng dibuat daripada besi waja berbentuk bulat sepanjang kira-kira lapan sentimeter dengan hujung bahagian dalam (bersambung kepada gigi stereng) berlubang. Manakala hujung bahagian luar (bersambung kepada pemegang induk besi roda) disambung dengan bebola besi dengan lurah skru pengikat nat.


Kekuatan sambungan lengan stereng terletak pada ikatan nat dan pasak (bolt) berlurah skru.


Untuk keselamatan, anda perlu mencucuk pin melintang di lubang pasak ikatan nat tetapi pergerakan serta hentakan dan goncangan stereng menyebabkan ia longgar.


Begitu juga dengan pasak berlurah skru pada penyambung gigi stereng. Ia lebih mudah menjadi longgar dan terlucut apabila gegeran demi gegaran pada ketika kenderaan bergerak.


Oleh sebab itu, adalah penting lengan stereng diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam satu tahun. Mekanik boleh mengesyorkan sama ada lengan stereng patut ditukar dengan yang baru ataupun diketatkan.


Bagaimanapun, lengan stereng boleh tahan sehingga lebigh 10 tahun. selepas itu, ia bolehlah dianggap kurang selamat.


Lengan stereng boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alat ganti kereta dengan harata tidak melebihi RM50 bagi satu unit bagi kereta bukan jenis mudah. Anda dinasihati menggantikan sepasang kiri dan kanan supaya ia mempunyai keseimbangan.


Jika anda bercadang untuk mengantikannya sendiri, terlebih dahulu angkat kereta sehingga kedua-dua tayar tergantung, kemudian buka ikatan nat danpasak secara berhati-hati.


Apabila selesai, penjajaran roda mesti dilakukan dan anda dinasihatkan membuat penjajaran menggunakan sistem komputer supaya keseimbangan tayar lebih tepat.

No comments: