My Followers

Hidangan roti pedas

Bahannya

(A)

3 keping roti High 5 - didadu
6 biji telur - dipukul sedikit
75 mililiter (ml) air

(B)

80 ml tepung gandum
2 sudu teh serbuk cili
4 sudu teh serbuk ayam
3/4 sudu teh garam mengikut rasa
1/2 sudu teh lada sulah (hitam)

(C)

200 gram (gm) parutan kasar lobak merah
250 gm parutan kasar ubi kentang
150 gm saderi - didadu
250 gm isi ayam - dikisar halus
100 gm lada benggala merah - didadu
2 batang hirisan kasar daun bawang

Cara membuatnya:

1. Rendam bahan A selama setengah jam. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B dan C.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Gris acuan roti berukuran 15 sentimeter (sm) X 25 sm.

Taburkan sedikit tepung di dalamnya.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar 180 darjah Celsius selama 45 minit atau masak apabila diuji dengan penguji kek.
6. Hidangkan dengan sos cili.

Nota: Apabila sejuk, potongkan kepingan roti dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan atau mengikut cita rasa.
Post a Comment