My Followers

Corak kertas dinding kena serasi cita rasa peribadi

PANDUAN memilih kertas dinding mengikut cita rasa peribadi.

* Pertama, mengenal pasti gaya peribadi sebelum menyelak kaohamedtalog yang menawarkan contoh dan sebut harga.

* Kedua, ketika membelek, beri perhatian kepada corak dan warna yang menangkap minat untuk ditandakan. Jangan ambil masa lama untuk berfikir seperti di mana hendak digantung dan perbelanjaan bakal dikeluarkan. Yang penting buat keputusan ya atau tidak.

* Selain itu, buat analisa pilihan yang mengambil kira pengaruh warna, motif (berbunga, corak petak, abstrak dan sebagainya) di samping gaya (rasmi, kedesaan Perancis atau kontemporari).

* Kertas dinding lazimnya bersalut vinil yang memberi jaminan tahan lama. Berciri boleh gosok bermakna boleh dilap dengan span. Pilih yang berkemasan lembut untuk ketahanan.

* Akhir sekali, kecilkan skop pilihan kepada satu atau dua sebelum meminta kertas dinding contoh. Gantung sementara di dinding untuk diamati perubahannya di bawah cahaya lampu yang berbeza-beza. Biar beberapa lama sehingga keputusan memilih dibuat.

Beberapa panduan mudah dan cepat memasang kertas dinding.

* Pertama, ukur jarak seluruh dinding dalam ukuran kaki dan kemudian didarabkan dengan ketinggian dinding bagi mendapatkan ukuran kaki persegi. Segulung kertas dinding lazimnya melitupi 50 hingga 57 kaki persegi dinding namun sebaiknya, beli lebih kertas dinding.

* Ini sebagai persediaan andai berlaku kesilapan seperti tersalah memotong kertas dinding atau anda perlu menampilkan banyak corak berulang di dinding.

* Secara pengiraan kasar, kaki persegi perlu dibahagikan kepada 45. Jawapan yang diutarakan adalah ukuran gulungan kertas dinding yang diperlukan. Kurangkan dalam setengah gulungan untuk setiap ukuran tingkap dan pintu bilik.

* Sebaiknya, bawa bersama pelan lantai bagi memudahkan penjual membuat pengiraan mengenai jumlah ukuran kertas dinding yang anda perlukan. Pastikan anda membeli kertas dinding dari siri yang sama supaya dinding tampil sekata dari segi warna dan corak.

* Sebelum memasang kertas dinding, terlebih dulu tutup cela dan tompok kotor menggunakan cat lateks dan biar ia kering. Lateks memastikan tompok kotor tidak berbekas pada kertas dinding.

* Selain itu, pastikan dinding bebas daripada kebocoran air dan kandungan lembapan tinggi. Jika ada, baiki kebocoran dan dan tampal bahagian yang terkena lembapan sebelum kertas dinding dipasang.
Post a Comment