(huhuhu... aku tengah bergelut dengan keadaan sekarang nie... mana nak cari maid dalam masa sesingkat ini... esok aku keje, lusa aku keje... ujung minggu ni pun aku terpaksa keje... Si adik tak sihat pas balik dari kampung... maka, dengan ini... aku terpaksa membuat pemilihan yang betul.... adakah pusat asuhan laks kali nie??? atau... maid dari Indonesia??? )
BAGI pasangan suami isteri yang bekerja, menghantar anak ke pusat jagaan harian kanak-kanak atau nurseri adalah keputusan yang terpaksa dibuat bagi membolehkan anak-anak mereka dijaga dengan baik dan selamat.
Ini kerana mencari pembantu rumah atau pengasuh yang dipercayai bukannya mudah. Malah, jika tidak bernasib baik lebih banyak mendatangkan masalah terutama apabila mendapat pembantu rumah yang berniat jahat termasuk ada yang melarikan diri meninggalkan si kecil sendirian di rumah.
Masalah penjagaan dan penjagaan dan pengasuhan anak yang sempurna serta selamat hari ini antara perkara yang membelenggu kebanyakan suami dan isteri bekerja.
Justeru, kewujudan taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang semakin banyak sejak akhir-akhir ini, menjadi penyelesaian kepada sebahagian daripada masalah ini.
Bagaimanapun, ada juga nurseri kanak-kanak yang dibuka sekadar ingin mengaut untung dengan mengenakan bayaran mahal sedangkan kemudahan dan proses pembelajaran serta aktiviti sepatutnya disediakan untuk kanak-kanak diabaikan. Akibatnya, anak yang dihantar ke Taska berkenaan tidak terbela dan teraniaya.
Bagi ibu bapa berkemampuan atau bergaji lumayan, jalan mudah dicari sudah tentu mereka akan memilih dan menghantar anak ke nurseri terbaik yang tidak mengetepikan segala kelengkapan serta pelbagai program bagi merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Ibu bapa yang tidak mampu atau berpendapatan rendah sudah tentu mencari tempat yang murah untuk menempatkan anak. Ada juga ibu bapa yang mempunyai penjaga di rumah tetap menghantar anak-anak ke pusat jagaan harian kanak-kanak untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak.
Sikap dan penampilan yang ceria serta teratur pengasuh di taman jagaan harian kanak-kanak menjadikan mereka berani dan hilang rasa gementar atau malu untuk berdepan dengan rakan sebaya.
Pendedahan pembelajaran yang menarik menjadikan si kecil mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Pusat asuhan dan Taska dianggap tempat paling selamat untuk dijadikan rumah kedua kepada anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pusat penjagaan kanak-kanak ataupun Taska adalah satu bidang perniagaan perkhidmatan yang menguntungkan.
Namun, pusat asuhan sepatutnya perlu mengambil berat terhadap penjagaan kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan hanya untuk mendapat keuntungan saja tanpa memikirkan kebajikan terhadap kanak-kanak.
Pusat asuhan perlu mengambil penjaga kanak-kanak serta memberi latihan mencukupi terlebih dulu sebelum memberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak di pusat itu.
Latihan seperti aspek keselamatan, pertolongan cemas dan sebagainya perlu supaya langkah awal dapat diambil jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
Perkara ini perlu dititik beratkan supaya tidak berlaku kes kematian, penderaan atau kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian penjaga kanak-kanak tersebut.
Sehubungan itu, ibu bapa perlulah lebih bijak untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan harian yang dipercayai.
Tip-tip
* Selidik terlebih dulu taska.
* Memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.
* Sesekali buatlah lawatan mengejut di nurseri bagi mengetahui aktiviti yang dijalankan.
* Meneliti tahap kecekapan pengasuh.
* Memastikan makanan yang disediakan bersih dan berkhasiat.
3 comments:
itu la maid ni ikut nasib2.. kalau dapat maid yg ok alhamdulilah.. yg KO tu yg buat majikan sakit kepala tu huhu..
Syukur akak dpt maid yg baik.
Alhamdulillah...
Na make sure taska Na menawarkan perkhidmatan terbaik dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran so that anak-anak jagaan dijaga dengan baik, dan diberi ilmu asas.... :)
hehehe dkama kena belaja jadi mr mama nih...
Post a Comment