My Followers

Elak debu di rumah

DEBU rumah biasanya berkumpul di kasut, bantal, kerusi, peralatan rumah yang terbiar lama. Ia juga termasuk permainan kanak-kanak serta peralatan lain yang sering terlupa dicuci.

Tip di bawah ini berguna untuk menghindari atau mengurangkan debu dalam rumah anda. Jika anda termasuk individu yang alah debu, pastikan anda mempraktikkannya panduan ini.

1 Jauhi ruang yang sedang dibersihkan. Jika anda sendiri yang membersihkannya, lindungi mulut serta hidung dengan kain bersih.

2 Untuk mendapatkan ruang yang bersih dari debu, ikuti petunjuk ini:

* Keluarkan semua barang dari bilik tidur, termasuk alas lantai, permaidani dan semua barang dari dalam almari.

* Bersihkan bilik tidur mulai dari atap, dinding, lantai, almari dan peralatan lain.

* Bersihkan tempat tidur di luar bilik. Kemaskannya satu persatu, dengan dibersihkan sebelum dipasang kembali.

* Kasut, bantal dan peralatan yang tidak digunakan perlu dibungkus supaya tidak terkena debu.

* Cuci cadar dan sarung bantal dua hari sekali.

* Peralatan di bilik tidur perlu sedikit. Jangan gunakan permaidani berdebu dan lama.

* Adalah lebih baik jika bilik mempunyai alat penyedut debu.

* Bilik yang dibersihkan sebaiknya dijaga supaya sentiasa bersih.

* Jendela dan pintu perlu sentiasa ditutup.

* Jauhi dari duduk atau bermain pada kerusi yang sudah lama.

* Hindari tempat lembap serta tempat kedap udara.

* Anak yang tidak tahan debu jangan diberi mainan berbulu.

* Bermainlah di ruang bersih dengan permainan yang bersih.

* Jangan menggantung pakaian, rak kasut, permaidani atau buku lama di dalam bilik.

* Penderita asma sebaiknya tidak memelihara binatang serta jangan merokok.

Dengan panduan ini, ia sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kita dalam menjaga kebersihan bilik supaya dapat dihindari dari habuk.
Post a Comment