Berikut beberapa panduan penjagaan dan pembersihan permaidani agar hamparan kesayangan anda itu kekal cantik serta tahan lama.
* Ketika memotong permaidani jangan buang lebihannya. Simpan untuk kegunaan masa depan sekiranya berlaku kerosakan pada permaidani itu.
* Jangan terlalu kerap menggunakan mesin hampagas kerana serat pendek yang tidak ditenun pada permaidani akan tertanggal dan menjadikan ia cepat haus. Sebaiknya selang selikan dengan berus tangan atau pemberus hampagas.
* Serat pendek adakalanya bersimpul dan membentuk bebola kecil. Untuk membuangnya, jangan ditarik tetapi gunting dengan cermat.
* Jika permaidani berbekas atau terjejas akibat tersangkut pada paku perabot, jangan panik. Gunakan wayar penyangkut untuk menarik serat permaidani ke atas.
* Bersihkan kekotoran pada permaidani menggunakan syampu permaidani atau syampu biasa mengikut arahan pengeluar.
* Sebelum membersihkan kekotoran, sebaik-baiknya lakukan ujian pada bahagian kecil tempat yang kotor untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan bahan pembersih.
* Pilih syampu yang menghasilkan buih kering. Jika permaidani basah, ditakuti permaidani akan kecut dan bertukar warna.
* Jika kesan kotoran tidak hilang, hantar permaidani ke kedai pencuci profesional atau bersihkan secara wap.
Cara menghilangkan kesan kotoran
1. Binatang atau bayi - Tekap atau kikis bahan yang melekat, cuci dengan syampu permaidani atau bahan cucian khas.
2. Darah - Gunakan span basah, lap berulang kali dan jika perlu gunakan syampu. Cuci segera dan jangan tunggu hingga kesan darah kering.
3. Terbakar - Berus atau gunting bahagian yang terbakar dan bersihkan dengan syampu. Jika terbakar teruk, permaidani perlu ditampal.
4. Gula-gula getah - Kikis hingga kesan tanggal dan bersihkan dengan cecair untuk cucian kering.
5. Coklat, telur, ais krim, minuman ringan dan muntah - Jika ada kesan kering, kikis dahulu. Bersihkan dengan syampu atau campurkan 7 ml garam tingkal (borax) bersama 248 ml air dan barulah diikuti syampu.
6. Pelekat - Tekap atau kikis pelekat sebelum ia kering. Gunakan teknik sama seperti langkah 5.
7. Air buah - Tekap dan gunakan syampu.
7. Air buah - Tekap dan gunakan syampu.
8. Koko, kopi, teh dan susu - Tekap dengan kain atau span. Gunakan air suam diikuti syampu atau gunakan larutan borax.
9. Rumput - Sapu dengan methyllated spirit, syampu atau cucian khas.
10. Minyak, lemak, mentega, marjerin, pewangi, tar dan lilin - Tekap atau kikis sebelum disyampu. Tekap lagi dengan tisu, biarkan kering dan rawat dengan kain. Syampu lagi untuk hilangkan kesan kotoran.
11. Dakwat - Kesan pena mata bulat boleh ditanggalkan dengan methylated spirit. Caranya, tekap tisu pada kesan dakwat dan rawat. Kesan lama perlukan bantuan profesional.
12. Cat dan varnis - Kikis cat dan rawat dengan syampu. Gunakan air untuk cat berasas air seperti cat emulsi, spirit putih untuk cat berasas minyak (gloss dan varnis), amylacetate untuk cat selulos dan laker, kemudian barulah guna syampu.
13. Karat - Tekap kesan yang masih baru dengan syampu permaidani, biar kering dan gunakan mesin hampagas.
14. Jelaga - Tekap dengan kain dahulu, bersihkan dengan syampu permaidani.
6 comments:
Hmm...kalau sapu permaidani guna penyapu lidi je...boleh tak? :)
thats why la malas nk guna sebarang karpet kat umah..leceh la nk bersihkan..nak2 yg pemalas cam saya nie..hehe..
lecehnyer jaga karpet.... makin kurus wife dkama nanti...heheheh
Na Shari: hehehe... boleh aje! rasanya, pakai lidi lagih bersih kan...
mama idzareef: sama arrr... lau bleh, tak nak pakai langsung karpet2 nie, memang leceh. Kalau org pakistan jual, siap sy halau lagih. nyampah tengok karpet.
dkama: memang pun, tak yah dah nak excercise teruk2, cuci karpet pun dah kira senaman... (senaman kuatkan pergelangan tangan dan pinggang) ekekeke
ye2 kalau boleh jadi sehat alhamdulillah... taku sudah jatuh ditimpa karpet... hahaha
Post a Comment