Tuesday, May 26, 2009

Pemanduan berhemah jimat penggunaan petrol

Dah berkali-kali aku ingatkan hubby, pandu kete biar berhemah. Jimatkan minyak dengan pemanduan yang betul... tapi, tetap nak hororayyyy dengan harga minyak boleh dikatakan murah la sikit berbanding tahun lepas. Bawak kete, cecah 100 kilometer sejam (km/j). Macam lipas kudung.... so, article ni khas buat hubby ku. Moga insaf pas baca nie... dan mereka yang inginkan penjimatan, sesuaiiiii untuk anda jugak!


PENGUMUMAN kerajaan membawa masuk petrol gred RON 95 bagi menggantikan RON 97 menjadi petanda baik kepada pengguna jalan raya.

RON 95 lebih murah selain menyamai kualiti RON 97 dan tidak menjejaskan prestasi kenderaan moden hari ini.

Bagaimanapun, jika kenderaan dipandu secara berhemah, pengguna jalan raya bakal mendapat manfaat penjimatan bahan api tidak kira gred apa sekalipun.

Petrol adalah bahan api utama bagi menggerakkan kenderaan penumpang tetapi ramai pemilik yang tidak tahu cara yang betul mengenai teknik penjimatan bahan api berkenaan.

Selain memandu, keadaan enjin yang sempurna termasuk sistem penalaan serta palam pencucuh mempengaruhi penggunaan bahan api.

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan merangkumi aspek cara pemanduan sehingga tiba ke stesen berhampiran terutama ketika kehabisan minyak atau sedang memandu di lebuh raya.

Apabila lampu amaran kenderaan menyala, pemandu jangan panik kerana secara teorinya, kenderaan masih boleh bergerak 60 hingga 70 kilometer.

Bagaimanapun, keadaan itu bergantung kepada jenis kenderaan, enjin, kuasa serta cara memandu tetapi sebaik-baiknya pandu kenderaan pada kelajuan tetap iaitu kurang 100 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan gear sesuai.

Jika memandu melebihi 100 km/j, tahap penggunaan bahan api turut meningkat.
Begitu juga jika memandu terlalu perlahan sehingga kerap menukar gear, ia turut meningkatkan penggunaan bahan api itu.

Sebagai contoh, bagi transmisi manual, memandu pada kelajuan 80 km/j dengan paling tinggi (top) menjadikan penggunaan petrol berkurangan berbanding pada kelajuan 40 km/j dengan gear ketiga.

Sebolehnya pemandu perlu mengelak menekan pedal minyak atau mengangkat kaki daripada pedal berkenaan sebaliknya biarkan kenderaan meluncur perlahan-lahan.

Ini kerana setiap kali pemandu berbuat demikian, pemancit bahan api akan menyalurkan petrol umpama menyiram pokok menggunakan pistol penembak air.

Pemandu dinasihati mengelak daripada kerap membrek sebaliknya biarkan kenderaan meluncur terutama ketika menghampiri simpang.

Alat pendingin hawa juga perlu dimatikan kerana jika digunakan, ia menyebabkan enjin terpaksa bekerja lebih keras sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.

Anda perlu ingat bahawa jarak sehingga 70 kilometer itu hanyalah anggaran dan jangan membiarkan tangki petrol hampir kosong sebelum mengisinya.

Langkah jangka panjang yang boleh diambil bagi menjimatkan penggunaan minyak adalah dengan melakukan penalaan enjin.

Tanpa penalaan yang betul, kenderaan sukar mendapatkan talaan betul walaupun menggunakan alat penjimat minyak.

Enjin tidak ditala dengan betul akan menyebabkan pergerakan enjin tidak konsisten, kehilangan kuasa, sukar hidup serta pembakaran tidak sempurna.

Ramai beranggapan memandu dalam bandar menyebabkan penggunaan petrol menjadi tinggi kerana kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, jumlah penggunaannya bergantung kepada cara pemanduan.

Jangan tekan pedal bahan api secara mengejut sebaliknya biarkan kereta meluncur perlahan-lahan kerana semakin kuat ditekan, semakin banyak petrol disalurkan ke ruang pembakaran.

Anda jangan membrek sembarangan sebaliknya angkat kaki dari pedal minyak dan biarkan kereta meluncur sendiri terutama ketika menghampiri persimpangan atau lampu isyarat.

Penggunaan minyak pelincir yang baik bagi meminimumkan geseran dalam enjin juga akan membantu mengurangkan penggunaan petrol.

Elak memati atau menghidupkan enjin dengan kerap kerana perbuatan itu menyebabkan penggunaan petrol meningkat.

Kurangkan kelajuan kerana kereta yang dipandu laju menggunakan 20 peratus lebih petrol berbanding kereta yang dipandu dalam lingkungan 90 km/j.

Jika boleh, elak menggunakan pendingin hawa kecuali bila perlu kerana enjin memerlukan tenaga lebih banyak untuk menggerakkan pendingin hawa.

4 comments:

dkama said...

Jimat minyak punya pasal dkama sanggup berpanas tanpa ekon sehari suntuk... hehehehe bole caye ke??

Meooo Comicore Club said...

quality same ker?

confirm..?

entahlah..

sharhanah said...

dkama: ekekeke... mmg percaya...sbb sy pun penah wat cam tu gak... Rasa macam mandi sauna laks.

meo188: betul la meo188... aritu sy rajin gak tengok tv, apa tuh, "bersama proton..." wat perbandingan, mmg jimat la...

Nieza Ishak said...

hemmm ....

tips yang bagus tp tue la, bila nak praktikkan entah ingat entak tak .. heheheh