Berikut, beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.
* Buat tempahan lebih awal.
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiket penerbangan awal, beberapan bulan sebelum tarikh kita melancong.
Tempoh itu membolehkan kita merancang percutian dengan teliti supaya tidak mengalami masalah, sama ada sebelum, ketika atau selepas percutian.
Jika lewat membuat tempahan atau pada saat-saat akhir, mungkin berlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta penginapan. Jika ada pun penginapan, mungkin tidak sempurna.
* Pengangkutan.
Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati.
Pilih pengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasan percutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.
* Perbelanjaan.
Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai dengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar tukaran wang membolehkan anda merancang perbelajaan, terutama ketika membeli-belah.
Selain itu juga, anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan belanja tetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak ketika bercuti.
* Melawat negara yang menawarkan pakej percutian murah.
Pilih negara yang menawarkan pakej percutian murah bagi mengelak pembaziran. Tiada salahnya jika pakej yang dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk ke suatu destinasi selidik terlebih dulu tempat-tempat menarik yang ada di sana agar kepuasan ketika bercuti boleh dirasai sepenuhnya.
* Lebih jimat jika bercuti berkumpulan.
Bercuti secara berkumpulan banyak keistimewaan, terutama keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jika menghdapai masalah.
* Melakukan aktiviti perkhemahan.
Bagi mendapat kepuasan lebih ketika bercuti, anda juga boleh menambah aktiviti lasak, seperti berkhemah kerana selain menjimatkan, mampu memberi pengalaman baru berada di tempat orang.
No comments:
Post a Comment