My Followers

Resipi diet


Ayam lada hitam
(Hidangan untuk empat orang)

>160 gram dada ayam (40 gram setiap keping)
> Sedikit serbuk lada hitam
> Sedikit minyak bijan
> Sedikit tepung jagung (untuk ditabur pada ayam)
> Sedikit minyak masak

Bahan sos:

> Sedikit minyak masak
> 10 gram halia, dicincang halus
> 2 ulas bawang putih, dicincang halus
> 10 hingga 15 gram lada hitam dikisar
> 150 mililiter air
> Minyak bijan secukup rasa
> 1 biji tomato, dihiris halus
> 1 1/2 camca teh tepung jagung
> 1 1/2 camca makan air
Cara memasaknya:

> Potong dada ayam kepada empat keping. Perap dengan lada hitam dan sedikit minyak bijan. Ketepikan.
> Untuk sos, panaskan minyak masak dan minyak bijan di dalam kuali. Tumis halia dan bawang putih hingga harum.
> Masukkan lada hitam dan kacau. Masukkan air dan tomato, masak hingga mendidih.
> Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuali. Kecilkan api dan kacau sos hingga pekat.
> Panaskan minyak di dalam kuali lain. Salut ayam dengan tepung jagung (nipis). Panggang ayam di dalam kuali hingga masak (empat hingga lima minit). Letakkan di dalam pinggan dan tuang sos.

Kacang buncis tumis
(Hidangan untuk empat orang)

> 60 gram kacang buncis, dihiris sepanjang dua sentimeter
> Minyak masak secukupnya
> 1 atau 2 ulas bawang putih, dicincang
> 1/2 biji cili merah, diracik
> Sedikit cendawan hitam (direndam dan diracik)
> 10 mililiter air
> Sedikit minyak bijan

Cara memasaknya:

> Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
> Masukkan kacang, cili merah dan cendawan hitam. Kacau selama satu minit.
> Masukkan air, minyak bijan dan kacau beberapa saat. Hidangkan panas.

Labu kukus
(Hidangan untuk empat orang)

> 400 gram labu, dikupas dan dihiris dadu
> Sedikit lada hitam
> 2 ulas bawang putih, dicincang halus
> 4 camca teh minyak zaitun, minyak bijan atau majerin

Cara memasaknya:

> Kukus labu hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan lenyekkan dengan garpu hingga lumat.
> Masukkan semua bahan lain dan gaul hingga sebati. Hidangkan.

Lobak goreng rangup
(Hidangan untuk empat orang)
> 8 biji lobak
> Minyak masak secukupnya

Bahan bater:
> 40 gram tepung gandum
> 20 gram tepung beras
> 20 gram kanji gandum
> Sedikit lada putih
> 60 mililiter air

Cara membuatnya.

> Hiris lobak merah kepada jejari tebal dan keringkan.
> Satukan semua bahan bater dan kacau hingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu pekat atau cair.
> Panaskan minyak dalam kuali. Celup lobak merah ke dalam bater dan goreng hingga kuning keemasan. Tos dan hidangkan panas.
Post a Comment