Friday, March 6, 2009

Kompleks kraf tarik pelancong

INDUSTRI kraf negara kini semakin dikenali ramai sekali gus membuktikan minat orang ramai terhadap barangan kraf berkualiti semakin meningkat, walaupun dikatakan menerima persaingan sengit daripada produk kraf asing terutama indonesia dan Vietnam.
statistik menunjukkan sehingga Ogos 2008 jualan kraf mencatat lebih RM15.5 juta berbanding hanya kira-kira RM14.8 daripada 144 kegiatan promosi yang dijalankan sepanjang tahun lalu.
Ada dua kompleks kraf yang boleh dikunjungi orang ramai yang menawarkan pelbagai barangan kraf dan keunikan kerja tangan yang dikumpulkan dari ribuan pengusaha kraf tangan di negara ini.
Satu darinya ialah Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing kerana kedudukannya di berhampiran segi tiga emas di ibu negara.
Pengunjung di kawasan utara boleh mengunjungi Kompleks Budaya Kraf Langkawi untuk menyaksikan kehebatan barangan kraf yang ditawarkan.
Di Langkawi, aktiviti pendidikan kraf dijalankan melalui tiga muzium iaitu Muzium Kraf, Muzium Lagenda Langkawi dan Muzium Warisan.
Pendidikan kraf dijalankan dengan cara menjalankan demonstrasi kraf, interaktif kraf dan Pameran bertema di Kompleks berkenaan. Di samping itu juga latihan jangka pendek dan bengkel pendidikan kraf turut diadakan bagi tujuan pendidikan.
Menariknya, selain memperagakan pelbagai barangan kerja tangan bermutu tinggi, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti kesenian warisan seperti acara menganyam mengkuang dan bakul rotan selain inovasi terkini dalam industri pembuatan kraf.
Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai demonstrasi termasuk teknik melukis batik, menganyam tikar mengkuang dan membuat topi pusar dan permainan tradisional.
Ada yang lagi yang menarik iaitu pengunjung juga berpeluang menikmati keenakan pelbagai kuih tradisional, antaranya putu kacang, kuih bangkit dan loyang jika kena masanya.
Kenyangkan mata anda dengan menikmati keindahan fabrik, pengunjung berpeluang mencuba permainan rakyat seperti congkak, dam aji dan batu seremban.
Sebagai tarikan tambahan, acara kesenian meliputi persembahan tarian diadakan di beberapa pentas kecil di sekitar kompleks yang mendapat perhatian pelancong asing.
Info
Aktiviti Kompleks Kraf Kuala Lumpur-Telefon 03-21613793
* Promosi Kraf Kompleks Kuala Lumpur menekankan Kompleks Kraf sebagai tempat yang mesti dilawati oleh pelancong. Antara kemudahan yang disediakan ialah demonstrasi pembuatan kraf batik lukis, batik blok, tenunan songket, seramik dan hiasan permukaan
* Aktiviti interaktif
Menyediakan pelbagai kegiatan interaktif dengan para pelawat, insentif kepada agensi pelancongan dan mengadakan lawatan berpandu kepada pelawat.
* Acara Khas
Acara Khas diadakan bagi memeriahkan kompleks untuk menarik lebih ramai pelawat ke Kompleks. Antara acara-acara khas ini ialah Pesta Kraf dan seni Orang Asli.
* Rangkaian usaha sama
Penjalinan usaha sama (networking) dengan organisasi yang terbabit di dalam industri pelancongan dijalankan bagi mempromosi kraf Malaysia.
Waktu operasi: 10 pagi - 5 petang
Info aktiviti Kompleks Kraf Langkawi-Telefon 04-9591913
* Penyediaan ruang niaga
Peniaga kraf di beri kemudahan untuk menyewa ruang niaga yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi.
* Promosi
Aktiviti promosi dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong melawat Kompleks Kraf Langkawi dan seterusnya membeli kraf Malaysia.
Waktu operasi: 10 pagi - 5 petang

1 comment:

Anonymous said...

norizan dipshit!!