Tuesday, March 17, 2009

Kisah seram-seram kuku

Aku malaih dah tengok filem2 seram nih. Lagih2 citer melayu... Pasai apa ekkk? Rasanyer, aku malaih nak pikiaq nanti aku suka terbayang-bayang di kala sunyi. Tu yang buat aku hidup tak tenteram. Lagi pulak, kisah di rumah sebelah, aku 'bo layan' jer. Selagi tak ganggu idup aku, kira ok lah kan. Alhamdulillah, sepanjang duduk situ, aku tak pernah 'diganggu' atau terserempak... cuma aku nak story sket kisah yang berlaku 7 tahun yang lalu ...
Waktu tu, aku bercamping kat Telok Sekadeh, Pulau Pangkor bersama2 ngan 40 orang peserta. Malam tu (diantara pukul 11 lebih ke pukul 1pagi), kami wat aktiviti 'never walk alone' kat hutan tepi pantai. Kecik jer hutan tu... Memang tak sangka...
AJK2 dipanggil dan diletakkan sowang2 dalam hutan tu. Gelap sangat... Aku rasa, di antara kedudukan kami, tak la jauh pun. Aku antara AJK pompuan yang last diletakkan sebelum AJK lelaki... Kami duduk situ untuk tengok peserta jer. Sebab diorang akan lalu sowang demi sowang ikut tali yang telah dipasang tu. Erm... lama la gak aku duduk dalam tu, tapi tak nampak2 batang idung peserta pun! Aku mengeluh berkali2. Nape la lambat sangat! Mula tu okay jer, tapi, tetiba jer, aku rasa lain macam jer... bila tingat makcik balang kat kampus sembang2 pasal tempat 'keras' waktu aku nak beli gula-gula sebelom bertolak. Apa lagi... rasa meremang bulu roma aku nih. Dan... waktu tu, aku cakap dalam hati "dia dah mai dah..." Aku nampak cahaya merah terang dari atas pokok yang tinggi tu. Rasa kawasan tu terang benderang sesangat! Aku rasa pelik gak. Uwaaaaa.. aku memang jadi takut. Aku pejam mata.. tutup muka lagih, sebab aku terperasan ada lembaga berjubah berdiri di sebelah kanan aku. Muka dia memang tak 'clear' (maybe aku terlampau tutup mata...nak jer tengok betul2, tapi.. takut ngeri pulak! baik aku pejam mata)
Lembaga tu berdiri lama kat situ. Aku baca surah apa yang aku ingat. Berpeluh2 aku dibuatnya. Tutup muka pun masih nampak cahaya merah tu tembus dari tapak tangan aku ni. Aku harap, dia tak kacau aku. Nak lalu ker, silalah lalu... Jangan kaco aku dah la... uwaaa.. aku duduk kat tengah jalan dia ker??? atau aku nak kena bangun bagi dia lalu, atau aku blah jer??? uwaaa... dalam macam tu pun, macam2 aku duk pikiaq... Ujan dah rintik-rintik... aku bleh dengar air ujan jatuh atas dedaun kering tuh. Betapa sunyi waktu tu. Aku pasrah betul time tu, tetiba jer keadaan kembali gelap. Rasa nak menjerit jer. Tapi, aku kawal perasaan aku waktu tu. Kebetulan peserta-peserta dah start masuk. Sowang demi sowang lalu dengan perbagai ragam. Aku dah tak tahan nih, aku blah ngan langkah seribu! Ntah, peserta mana yang aku terlanggar! Ikut kaki, dan terus ke tempat persembunyian kawan aku. Dia pun pelik tengok aku lari kat dia. Aku ada tanya dia, nampak cahaya tak tadi? tapi dia kata tak nampak apa2 pun. Uwaaa... susah orang nak mempercayai aku. Bila abis aktiviti tu, kami berkumpul, banyak la peserta2 kena di denda sebab langgar peraturan permainan. Tak pasal2 ade sowang peserta bangun bagitau, ade AJK lari. Aku lah tu... aku terangkan kat semua... tapi sapa sowang pun tak percaya. Sedeyyyynya waktu tu... siap kena berendam dalam air laut pukul 2 pagi tu! Hampehhhh... sejak dari tu, aku allergic sket cahaya2 merah nih... lampu mentol pun aku rasa semacam...

No comments: