Wednesday, December 24, 2008

Menghayati keindahan `syurga'

TAMAN Tunku Abdul Rahman memang tidak asing lagi di kalangan pelancong asing dan tempatan yang berkunjung ke Kota Kinabalu, khususnya mereka yang gemar bersantai di tepi pantai, menyelam dan mengikuti aktiviti snorkeling.

Kawasannya merangkumi gabungan lima pulau, iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug yang jaraknya antara tiga hingga lapan kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Kedudukannya yang hampir dengan bandar raya dan masa perjalanan singkat antara lima hingga 15 minit menaiki bot laju juga menjadikannya destinasi sesuai bagi melarikan diri daripada kesibukan kota.

Pengunjung boleh bertolak pagi dan kembali ke tanah besar pada sebelah petang menggunakan perkhidmatan bot laju yang berpangkalan di jeti Jesselton Point.

Kalau ingin bermalam, kemudahan chalet dikendalikan Sutera Harbour Resort hanya disediakan di Pulau Manukan, manakala di Pulau Mamutik, Sulug dan Sapi pengunjung boleh berkhemah dengan kebenaran Taman-Taman Sabah.

Setiap pulau dilengkapi kemudahan tandas, bilik persalinan dan pondok rehat serta penyelamat pantai yang terdiri daripada kakitangan Taman-Taman Sabah untuk memantau keselamatan pengunjung.

Semua kemudahan di berkenaan disediakan Taman-Taman Sabah, manakala Pulau Gaya, pelancong boleh juga memanfaatkan kemudahan disediakan Gayana Eco satu-satunya resort swasta beroperasi di Taman Tunku Rahman.

Selain bersantai di pantai, dan mengikuti snorkeling, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti merentas hutan sambil melihat tumbuhan dan haiwan di pulau terbabit.

Di Pulau Gaya, pulau terbesar dalam gugusan taman itu keluasan 1,466 hektar, yang mengikuti aktiviti merentas hutan boleh melihat pokok seperti seraya, kapur dan batu.

Hutan yang belum terusik itu turut menjadi habitat seperti babi hutan, tenggiling, dan monyet serta spesies besar seperti helang laut kenyalang.

Walaupun kedudukannya kawasan bandar raya, Taman Tunku Abdul Rahman bukan menawarkan perkelahan yang menarik, malah menyediakan panorama indah alam semula marin dan hutan hujan tropika asli.

Keunikan itu pastinya tidak tempat lain kerana biasanya yang cantik dan hutan yang terusik terletak jauh dari kota.

> Cara ke sana

> Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pengunjung boleh menaiki teksi ke jeti Jesselton Point dan mendaftar di kaunter perkhidmatan bot untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman.

> Bagi yang menginap di sekitar bandar raya, beberapa hotel turut menyediakan perkhidmatan bas pelancong ke jeti Jesselton Point kepada pelanggannya.

>INFO ZOOM

TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN

> Diwartakan sebagai Taman Negara pada 1974

> Merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dengan dua pertiga adalah laut

> Ia dipercayai sebahagian daripada Banjaran Crocker pada zaman ais sejuta tahun lalu sebelum terpisah disebabkan kenaikan aras laut.

No comments: