My Followers

JENIS EKZOS PILIHAN

Tiga jenis modifikasi ekzos:

Ekzos yang dibaikpulih dari tabung depan hingga ke peredam bunyi. Jenis yang ini memang menaikkan prestasi memecut kereta. Kebanyakan mereka yang berkemampuan dari segi kewangan gemarkan jenis ini. Modifikasi dibuat bermula dari ruang ekstraktor ke tabung tengah dan terus ke ekzos belakang.

Proses baikpulih dibuat dari tabung tengah ke peredam bunyi tetapi cara ini hanya meningkatkan prestasi pemecutan kereta pada kadar yang sederhana.

Ada kereta yang ekzosnya besar tetapi kenderaan dibawa secara perlahan. Bagi jenis ini yang ditukar cuma peredam bunyinya saja. Dari segi prestasi tiada tetapi dari segi bunyi boleh buat gempar di atas jalan raya.

Tiga jenis ekzos yang biasa diminati:

EKZOS NANAS

Tidak menghasilkan bunyi bising walaupun saiznya agak besar.

EKZOS TABUNG

Jenis ini menghasilkan bunyi bising biasanya diguna pada pemilik kereta Kancil dan Satria supaya kelihatan lebih hebat dan bergaya.

EKZOS PAIP BERKEMBAR

Jenis ini bentuknya sama dengan ekzos nanas tetapi dari kelebihannya adalah prestasi `pick up' kereta menjadi hebat.

Sumber: Berita Harian - 1Klassifieds
Post a Comment