Tuesday, June 9, 2015

Urut melayu tradisional

Urut Melayu tradisional adalah manipulasi tisu badan seperti otot, sendi dan urut saraf bagi tujuan kesejahteraan atau rawatan kesihatan.

Urut Melayu tradisional adalah gabungan mengurut, usapan dan penekanan dengan tangan. Teknik urut bergantung kepada pertimbangan pengamal urut mengikut keperluan tubuh seseorang dan minyak herba terpilih yang akan digunakan.

Tujuan Urutan Melayu tradisional adalah bagi

1. Memulihkan fungsi badan ke tahap normal

2. Meredakan sengat-sengat dan ketegangan otot

3. Merehatkan badan

Urut Melayu tradisional terbahagi kepada dua kategtori, Urutan kesejahteraan dan Urutan Terapeutik.

Urutan Kesejahteraan membantu dalam penjagaan kesihatan, manakala Urutan Terapeutik, bertujuan untuk meningkatkan pemulihan penyakit dan mengurangkan kesakitan.

Keadaan pesakit yang dibenarkan untuk menjalani urut Melayu tradisional termasuk:

1. Tekanan emosi seperti kegusaran dan kemurungan

2. Pening kepala

3. Sakit belakang

4. Simpul Biawak

5. Terseliuh *

6. Sengal otot atau sendi

Keadaan yang tidak sesuai untuk diurut

1. Penyakit darah beku di anggota kaki

2. Demam yang terlalu tinggi (melebihi 39 Darjah Celcius)

3. Luka berdarah

4. Luka baru

5. Kepatahan tulang

6. Kecederaan akibat kebakaran

Kesan sampingan yang boleh dialami selepas berurut termasuklah

1. Kesakitan badan

2. Lebam

3. Bengkak

4. Alahan kepada minyak urut yang digunakan

Petua/nasihat selepas mengurut Lazimnya apabila pesakit mendapat rawatan Urut Melayu tradisional, mereka akan diberi nasihat atau petua untuk mempercepatkan proses pemulihan.

1. Petua cepatkan sembuh dari terseliuh -Sekiranya bengkak, ambilkan asam jawa, garam dan sedikit air, jadikan seperti pes dan tampal ditempat terseliuh yang bengkak.

2. Elakan dari memakan makanan yang pedas, pulut dan organ dalaman sebelum dan selepas rawatan urut.

3. Perbanyakkan minum air suam selepas diurut.

* Orang awam dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor dahulu sebelum mendapatkan rawatan urut bagi memastikan tiada kepatahan

Sumber : Berita Harian - 1Klassifieds

No comments: