Monday, February 16, 2015

5 cara untuk menjadikan 2015 tahun yang menakjubkan

2014 sudah berakhir. Sedar atau tidak setahun berlalu begitu pantas! Rasanya baru beberapa bulan sahaja yang lalu kita membuat sambutan menandakan berakhirnya 2013.

Saat yang bahagia, datang sekejap sahaja, menurut kata pujangga yang dinyanyikan oleh Seniman P Ramlee dan Seniwati Saloma. Masa sering dirasakan cepat berlalu di waktu kita bersenanglenang.

Sudah tentu, hidup kita tidak selalunya berjalan lancar, tetapi yang penting kita perlu fokus kepada perkaraperkara yang positif.

2015 adalah tahun baru, penuh dengan peluang dan kemungkinan, jadi pastikan anda meluangkan sedikit masa, merenung kembali ke masa lalu dan mempersiapkan diri untuk merebut peluang-peluang keemasan yang mungkin menjadi milik anda.

"Tetapi apakah persiapan yang harus dilakukan?" Mungkin anda tertanya-tanya.

Mulakan lakaran fikiran dan perancangan anda dengan menggunakan sama ada - iPad, komputer riba ataupun dengan hanya pen dan sekeping kertas kosong mengikut keselesaan masing-masing. Pilih lokasi yang tenang dan slot masa yang anda tidak perlu dihubungi atau diganggu.

Seterusnya, fokus! Matikan telefon bimbit atau senyapkan nada dering, notifikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan lain-lain. Elakkan sebarang gangguan, dan pastikan fikiran anda fokus kepada perkara-perkara yang penting untuk perancangan anda.

1. Pertamanya, lakukan analisa untuk tahun sebelumnya dan kenal pasti kejayaan dan kegagalan anda pada tahun tersebut. Renungkan, dan anda harus jujur pada diri anda dalam melihat kembali bagaimanakah anda menangani 2014? Adakah anda berjaya mencapai sesuatu atau melakukannya pada tahap yang optima? Adakah anda bangga dengan pencapaian anda?

Disebaliknya pula, apakah yang tidak dapat dijayakan? Adakah perkara yang anda kesali, tidak berjalan seperti yang dikehendaki? Saya mungkin perlu menjelaskan di sini bahawa tidak ada kejatuhan di dalam sesuatu yang dipanggil kegagalan. Setiap kegagalan adalah satu peluang untuk belajar, berkembang dan memperbaiki diri. Berdasarkan senarai kejayaan dan kegagalan yang anda catatkan, tetapkan satu matlamat yang komprehensif untuk tahun 2015 dengan membandingkan pencapaian anda pada tahun 2014. Dalam kolum pertama, senaraikan matlamat yang anda tidak tercapai pada tahun 2014. Matlamat ini boleh "dibawa ke hadapan" dan disertakan di dalam matlamat baru untuk tahun 2015.

2. Untuk matlamat tahun 2015, anda boleh membahagikannya ke dalam kategori yang berbeza seperti kesihatan, kecergasan, kerjaya, kerohanian, kewangan peribadi, keluarga, percutian, pembangunan profesional dan pembangunan peribadi. Dalam setiap kategori, buat senarai kecil tentang perkara-perkara yang hendak diusahakan bagi mencapat matlamat tersebut dalam tahun 2015. Setelah selesai dengan matlamat sendiri, anda boleh membina satu senarai "matlamat keluarga" untuk ahli keluarga anda juga!

3. "Nilai prestasi" anda dari sudut professional. Bagaimana anda telah berkembang pada 2014 secara profesional? Senaraikan pencapaian dan kejayaan anda, dan apa yang anda kecapi. Tetapi jangan lupa untuk juga mengambil tahu dan menangani kegagalan anda dalam perspektif profesional ini serta apa yang perlu diperbaiki. Anda boleh membahagikan profil profesional anda ke dalam kategori seperti kemahiran interpersonal dan komunikasi, rangkaian hubungan, kemahiran teknikal terkini, pengetahuan semasa bekerja, penampilan & imej profesional, dan lain-lain.

4. Langkah seterusnya adalah membuat senarai nama orang yang anda ingin berhubung sebelum berakhirnya 2015. Ini adalah penting untuk membina rangkaian dan menguatkan hubungan dengan individu yang tepat dan seterusnya membolehkan perancangan susulan komunikasi untuk tahun seterusnya. Ini akan memberi kelebihan kepada anda untuk merebut peluang apabila tiba masanya di saat peluang ini muncul.

5. Akhir sekali, tetapkan jadual masa untuk menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai sebelum hujung tahun. Tiada perasaan yang dapat mengatasi kepuasan apabila mengetahui semua tugasan anda telah selesai, di saat hendak menyambut tahun baru! Kerja-kerja tertangguh ini kadang-kadang boleh menjadi perkara yang menjengkelkan, apatah lagi jika ditangguh untuk berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.

Ataupun, mungkin juga ia merupakan perkara penting, yang anda memang berniat untuk melakukannya, seperti melawat ahli keluarga, warga tua dan sakit, atau menyumbang masa atau wang untuk tujuan yang baik. Jadikan perkara-perkara begini keutamaan di dalam jadual senarai tugasan anda dan pastikan anda melakukannya! Ianya berbaloi apabila anda menyedari yang anda telah mencapai sesuatu atau menjadi sebahagian dari sesuatu perubahan untuk kebaikan.

Dalam mencapai penguasaan diri, perancangan yang konsisten, persediaan dan penyeliaan merupakan kunci kejayaan. Sentiasalah berusaha meningkatkan diri anda dan secara tidak langsung anda juga membawa kebaikan kepada orang lain, seterusnya menyumbang dan menjadikan dunia ini lebih baik. Padankan tujuan dan usaha yang perlu dilakukan dalam mencapai matlamat anda. Dengan mengambil sejenak masa untuk menumpukan pada rancangan bagi tahun 2015, anda sekarang mempunyai pelan tindakan yang jelas dalam membimbing perjalanan anda sepanjang 12 bulan yang mendatang.

KCLau ialah pendidik kewangan dan beliau telah menerbitkan 6 buah buku dan membina 12 kursus kewangan dalam talian. Blog popular kewangan peribadi KCLau adalah salah satu laman web yang paling kerap dilawati. Anda boleh mendapatkan latihan percuma dengan melawat www.KCLau.com.

No comments: