Friday, October 10, 2014

Menjaga cat pada kereta yang baru


BAGAIMANA cara untuk menjaga kereta baru supaya cat dapat bertahan lama? Cat baru pada kereta lama berbeza dengan cat pada kereta yang baru keluar dari kilang. Cat pada kereta baru sudah menjalani proses penyembuhan atau `curing' dalam kilang. Cat baru mengambil masa sehingga 30 hari untuk proses tersebut.

Tips menjaga cat pada kereta

* Elakkan meletak kereta di bawah pokok kerana getah pokok, daun dan tahi burung boleh meninggalkan kesan pada cat.

* Jauhkan dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering.

*  Cuci kereta dengan syampu yang berkualiti dan jangan cuci kereta di bawah matahari yang terik.

*  Keringkan secepat mungkin dengan kain yang lembut kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat.

* Enam bulan sekali 'wax' atau 'polish' cat tersebut dengan 'polish' yang berkualiti.

Apakah perbezaan `wax' dan `polish' serta kegunaannya?

`Wax' atau lilin dalam bentuk semula jadi datang dalam pelbagai rupa seperti lilin sayuran, Carnauba dan lebah.

Lilin paling popular digunakan dalam industri automotif adalah Carnauba. Ini kerana ia hampir tidak larut dalam air dan tidak cepat hilang selepas basuh atau terkena hujan serta mempunyai takat cair antara 82 hingga 86 darjah Celsius.

Penggilap atau `polish' adalah produk yang menggunakan tindakan kasar untuk membuang lapisan sangat halus bagi meratakan permukaan, sekali gus membuatkan ia berkilat.

Bagaimanapun, produk itu didatangkan dalam pelbagai peringkat penghakisan daripada sederhana kepada ultra halus.

Sebelum dipolish, kereta hendaklah dibasuh bersih dengan menggunakan shampu kereta dan dilap sehingga kering. Kereta jangan dipolish di tengah panas dan elakan polish terkena pada bahagian cermin, krom dan plastik.

Sumber : Harian Metro - 1Klassifieds 

No comments: