My Followers

Kebaikan filem penapis haba

LAZIMNYA, pengguna hanya mengetahui filem penapis haba hanyalah sebagai aksesori tambahan pada kenderaan dan berfungsi untuk mengurankan kadar kepanasan dalam ruang kabin kenderaan.

Ianya juga dilihat daripada sudut bergaya dan mencantikkan kenderaan dan kerana itu jugalah ramai pengguna kenderaan pada masa kini berpusu-pusu untuk memasang filem penapis haba. Tidak dinafikan, disebabkan peningkatan suhu global juga mendorong pengguna menjadikan pemasangan filem penapis haba sebagai pilihan utama pada kenderaan mereka.

Sebenarnya, tidak ramai yang mengetahui pengurangan kadar haba dalam kabin kenderaan mampu memanjangkan jangka hayat sistem penghawa dingin dan enjin kenderaan selain daripada penjimatan bahan bakar seperti yang diketahui umum. Mari sama-sama kita rungkaikan fakta ini.

Memanjangkan jangka hayat sistem pendingin hawa

Sistem pendingin hawa kenderaan kita terdiri daripada beberapa komponen utama seperti air-cond compressor, magnetic clutch, air-cond condenser, air-cond dryer, cooling coil, air-cond blower, aircond valve dan beberapa liquid pressure pip/hose.

Segala komponen ini akan berkerja keras untuk memastikan pemandu dan penumpang merasa selesa ketika pemanduan. Tetapi jika kadar kepanasan dalam kabin sentiasa meningkat disebabkan faktor cuaca dan ditambah pula dengan suhu badan manusia sudah semestinya komponenkomponen ini terpaksa terus berfungsi untuk satu masa yang lama. Sekaligus disebabkan penggunaan yang terlalu tinggi pada sistem ini akan menyebabkan berlaku kehausan melampau pada komponenkomponen ini dan kerosakan pada sistem akan berlaku dengan cepat.

Oleh itu filem-filem penapis haba berfungsi untuk memantul semula kadar kepanasan dari cuaca luar sebanyak yang mungkin dan mengurangkan kadar kepanasan dalam kabin. Apabila suhu dalam kabin dapat diturunkan dengan cepat akan membantu komponenkomponen ini berhenti dengan cepat melalui isyarat air-cond valve yang terdapat pada cooling coil secara automatik dan komponen yang berfungsi hanyalah aircond blower untuk memastikan pemandu dan pengguna terus mendapat udara dingin.

Sistem penghawa dingin berfungsi secara automatik iaitu berfungsi apabila suhu kabin panas dan berhenti apabila suhu kabin mencapai suhu yang dikehendaki oleh pemandu atau penumpang yang dilaras dibahagian papan kemuka, dan berfungsi semula secara automatik apabila suhu kabin meningkat semula.

Memanjangkan jangka hayat enjin

Comproser air-cond digerakkan oleh magnetic clutch yang dibantu oleh pusingan enjin. Magnetic clutch ini akan melekat pada compressor aircond dengan bantuan magnet apabila tenaga elektrik disalurkan padanya oleh sistem penghawa dingin. Setiap kali magnetic clutch ini melekat pada compressor maka setiap kali itu jugalah akan menambah beban pada enjin kerana untuk memusingkan compressor aircond memerlukan tenaga yang banyak oleh enjin. Keadaan ini juga bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan penggunaan minyak malah memendekkan jangka hayat enjin. Cara yang praktikal pengurangan penggunaan compressor aircond dengan menurunkan suhu dalam kabin kenderaan.

Maka lebih tinggi suhu dalam kabin lebih lama compressor air-cond perlu diputarkan. Apabila enjin dipandu dalam keadaan bebanan berterusan akan menyebabkan pengumpulan karbon diruang pembakaran. Ia juga akan meningkatkan kadar kehausan pada injap ekzos. Antara kesan-kesan awal enjin mula mengalami kehausan melampau atau pengumpulan karbon dalam ruang pembakaran adalah enjin mengalami kehilangan kuasa, walau selepas servis sekalipun.

Memilih untuk memasang filem kaca memang ideal untuk kenderaan anda, tetapi pemilihan filem kaca yang tepat juga perlu diberi perhatian kerana jika dilihat dipasaran negara kita banyak jenama dan jenis filem kaca yang muncul seperti cendawan selepas hujan. Rike Cool sentiasa memastikan keselamatan, keselesaan dan penjimatan wang ringgit anda untuk jangka masa yang panjang.

- Sumbangan: Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com
Post a Comment