Friday, April 18, 2014

Perbankan dalam talian!

Sumber: Google

Melalui perbankan dalam talian, anda boleh menguruskan transaksi perbankan anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja termasuk dari rumah anda. Tanpa cek. Tanpa setem. Tanpa sampul. Tanpa kesulitan! Semudah itu!

1. Semak akaun

Semak akaun anda dengan mudah dari pejabat atau rumah. Anda tidak perlu menghubungi bank atau pergi ke cawangan bank anda.

2. Pembayaran bil

Bayar bil anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Hanya daftar masuk dan uruskan pembayaran bil anda secara dalam talian.

3. Urus pembayaran balik kad kredit dan pinjaman

Perbankan dalam talian membantu anda untuk menguruskan kredit dengan cekap supaya anda sentiasa mengetahui jumlah hutang, tarikh pembayaran balik pinjaman dan transaksi akaun anda.

4. Pindah wang kepada rakan atau keluarga

Pindahan wang kepada pemegang akaun lain melalui bank yang sama secara percuma, atau 10 sen sahaja bagi pindahan kepada bank lain melalui GIRO Antara Bank.

Bagi pindahan melalui bank yang sama, wang akan dapat dikeluarkan serta-merta manakala bagi pindahan kepada bank lain, wang akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada hari bekerja keesokannya.

5. Urus kewangan anda dengan cekap

Perbankan dalam talian membolehkan anda memantau dana anda dan memberikan lebih fleksibiliti untuk membuat simpanan dalam deposit tetap atau pelaburan lain.

* Notis penting: Untuk membuat transaksi pembayaran yang selamat, anda perlu memasukkan Kod Pengesahan Urus Niaga (Transaction Authorisation Code,TAC) yang dihantar ke telefon mudah alih yang telah didaftarkan atau TAC yang dikeluarkan melalui token keselamatan. Anda perlu memastikan nama penerima yang direkodkan dalam TAC yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sama dengan maklumat penerima yang dimasukkan ketika membuat transaksi pembayaran. Anda dinasihati supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan transaksi anda selamat.

No comments: