My Followers

Remeh tetapi penting saat percutian

Ada beberapa barang yang sering dianggap remeh atau ia mungkin dianggap tidak penting saat bercuti. Tetapi berikut adalah senarai barang-barang yang harus dibawa semasa bercuti.

BOTOL AIR MINUMAN

1. Membawa barangan ini sangat remeh kerana kita terpaksa membawanya ke mana saja hingga dianggap memberatkan beg.

Namun membawa botol air ini boleh menjadi penyelesaian jika haus ketika dalam perjalanan jauh. Anda boleh mengisi semula botol minuman dengan memindahkan minuman sedia ada di penginapan atau restoran jika tidak menghabiskan minuman.

Dengan membawa botol minuman, anda boleh berjimat wang membeli air. Disamping itu, ia juga langkah berjaga-jaga atau bersedia terutama jika berada di tempat yang sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk minum.

BEG PLASTIK

2. Bercuti sudah pasti baju kotor. Memisahkan baju kotor dan bersih adalah perlu supaya semua pakaian tidak berbau. Dengan itu, membawa beg plastik membantu anda untuk memisahkan baju terbabit.

Tidak perlu memilih beg plastik yang mahal dan sebaliknya sebagai tempat menyimpan baju kotor. Selain itu, beg plastik ini juga boleh digunakan untuk menyimpan barang penting jika hari hujan.

UBAT-UBATAN

3. Tiada seorang pun yang boleh menjangka apa yang akan berlaku di perjalanan. Bukan berharap sesuatu yang buruk, tetapi lebih baik bersedia jika berlaku kecederaan kecil dalam perjalanan.

Justeru, bawa saja ubat luka ringan dan plaster untuk pertolongan pertama saat terhiris benda tajam. Bawa juga beberapa barangan peribadi dan ubat ringan untuk meredakan gejala selesema, batuk atau sakit kepala yang sering menyerang ketika di perjalanan.

MAKANAN RINGAN

4. Mungkin terlalu remeh namun dengan membawa makanan ringan, ia boleh menyelamatkan anda daripada kelaparan. Makanan ringan seperti roti, biskut atau kuih kering boleh dijadikan pengalas perut jika anda berada di tempat yang sukar menemukan kedai makan yang menjual makanan berat.

KAD MEMORI TAMBAHAN

5. Ketika bercuti, benda wajib yang dibawa adalah kamera. Justeru, ada baiknya sebelum melakukan perjalanan, anda memeriksa terlebih dulu kapasiti kad memori.

Tidak salah anda membawa kad memori tambahan. Siapa tahu kerana terlalu bersemangat mengabadikan kenangan indah di tempat yang dikunjungi, kad memori anda penuh.

Justeru, dengan membawa kad memori tambahan, anda pastinya tidak pulang dengan kekecewaan sebaliknya senyuman yang lebar.

CAIRAN PENCUCI TANGAN / SANITIZER

6. Ramai malas mencuci tangan selepas menyentuh pelbagai barang. Justeru, cairan pencuci tangan boleh menjadi penyelesaian praktikal menggantikan air untuk mencuci tangan.

Perkara ini sangat penting terutama jika anda banyak menghabiskan masa di luar.

SALINAN DOKUMEN PERJALANAN

7. Kad pengenalan dan dokumen penting seperti visa serta pasport adalah benda wajib yang dibawa saat melancong. Justeru, ada baiknya anda membuat salinan dokumen itu dan meninggalkannya di rumah atau di bilik hotel.

Jika berlaku sesuatu hal seperti kehilangan dokumen, anda masih memiliki pengganti dan lebih mudah untuk menguruskan identiti yang baru dengan sokongan salinan dokumen yang ada.
Post a Comment