Thursday, November 28, 2013

5 kereta pilihan pelajar kolej


ANDA baru mendapat lesen memandu dan memohon untuk memasuki kolej dan mengikuti kursus yang diimpikan - kini, apa tindakan anda seterusnya? Sudah tentu, membeli kereta yang sesuai!

Kami menyenaraikan lima kereta berbeza yang seharusnya anda teliti sebelum melangkah ke kuliah pertama anda. Tidak semua dapat disenaraikan, kami hanya memilih lima kereta kegemaran kami berdasarkan sebab tertentu.

Ford Fiesta 2013

1 Ford Fiesta 2013 1 Ford Fiesta 2013 didatangkan dengan pelbagai ciri menarik, tampak meyakinkan untuk kereta kompak dan ia memiliki enjin Ti-VCT 1.5 liter untuk tenaga yang boleh dipercayai.

Kereta `sporty' segmen B ini tampak hebat dan pemanduannya adalah antara yang terbaik. Ia pasti menarik pandangan si pemerhati dengan ruang dalaman yang luas. Enjin 1.5 liternya dan transmisi dwi-klac PowerShift memudahkan proses penukaran kelajuan - lancar, tidak terasa dan pantas.

Anda turut menerima sistem kemasukan tanpa kunci, butang mula dan alat pembantu peletak kenderaan melalui sistem bantuan parkir.

Toyota Vios 2013

2 Rekaan kalis usia, ringkas dan boleh dipercayai - rantaian kata-kata ini memberi gambaran tepat mengenai apa yang ditawarkan Toyota Vios 2013. Toyota Vios sememangnya kereta yang telah terbukti dan diuji, model terbarunya membawa kesemua peningkatan daripada model sebelumnya - antaranya enjin dan transmisi - gayanya juga menunjukkan tahap pembaharuan yang ketara.

Apabila anda berada di kolej, satu perkara yang pasti tidak diingini ialah kerosakan kereta. Anda tidak perlu risau, Toyota mengeluarkan Vios dengan formula yang hampir sempurna, walaupun dari segi asas, ianya berhasil dan tidak akan menghampakan anda. Asalkan, anda sentiasa menjaganya dengan rapi.

Dengan rekaan yang kalis usia, Toyota Vios masih sesuai digunakan apabila anda tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan.

Salah satu faktor penting di dalam mendapatkan kereta yang sesuai di kolej adalah ruang. Fail, buku, beg `gym' dan lain-lain barangan harus muat untuk disimpan. Dengan kereta sedan ini, ruang sentiasa ada buat anda.

Kia Picanto 2013

3 Kia Picanto 2013 adalah kereta yang memberi pulangan nilai untuk wang. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri menarik, keselesaan dan didatangkan di dalam dua versi, kedua-duanya menggunakan enjin 1.2 liter (Manual 5 kelajuan dan automatik dengan 4 kelajuan).

Ia kecil, tampak comel dan ciri keselamatannya sememangnya antara yang terbaik - lampu LED untuk waktu siang, rim aloi 15 inci, kerusi ISOFIX, 6 beg udara, ESC dan brek cakera di bahagian belakang dan sebagai tambahan, ia turut dilengkapi dengan fungsi `bluetooth' dan `aux' untuk pengaliran audio.

Nissan Leaf 2013

4 Kereta ini masih belum berada di pasaran Malaysia, ia bakal memasuki negara ini dengan harga yang bukan murah. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kelebihan yang patut anda pertimbangkan.

Sebagai pelajar kolej, harga petrol akan mengganggu tahap perbelanjaan anda. Dengan Nissan Leaf, anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk petrol! Caj penuh membolehkan Nissan Leaf menjangkau jarak 160 km, asalkan jarak harian anda berada di dalam lingkungan tersebut dan ia sentiasa dicaj untuk tempoh semalaman, anda tidak perlu lagi membelanjakan wang untuk membeli minyak - anda juga akan menyumbang terhadap jangka hayat minyak dari bahan fosil.

Hanya dua masalah apabila memilih `Leaf', pertama, ia agak mahal - tetapi kos mula akan diseimbangkan kerana anda tidak perlu membeli petrol lagi. Kedua, rupanya agak ganjil.

Honda CRZ Hybrid 2013

5 Seandainya anda mementingkan kepantasan dan rupa yang menarik, Honda CR-Z adalah jawapannya. Kereta `hatch' dua-tempat duduk ini merupakan kereta `sport' yang mampu dimiliki, ianya mempunyai pelbagai ciri menarik, antaranya butang Sport+ yang membebaskan caj keseluruhan bateri untuk pecutan maksima - ia bagaikan peningkat kelajuan NOS!

Ruang bonetnya agak luas dan didatangkan di dalam pelbagai gaya. Anda pasti tampak `cool' apabila memandunya di kolej anda.

Model Popular: Perodua Myvi

Perodua Myvi tidak tersenarai kerana ianya agak popular dan sudah biasa dilihat di jalanan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ianya kereta terlaris di Malaysia. Kejayaannya sudah terbukti dan ia mampu dimiliki oleh semua.

Ia luas, praktikal dan mampu dimiliki; jika anda tidak mampu mendapatkan yang lain, anda boleh mempercayai Myvi untuk memenuhi keperluan anda.

* Untuk pandu uji terbaru, pendapat bernas dan berita tentang kereta, layari www.livelifedrive.com

No comments: