My Followers

Kacang panjang banyak khasiat


* Nama saintifiknya Vigna sesquipedalis L.

* Kacang panjang adalah pokok renek dan dipercayai berasal dari Filipina sebelum di bawa masuk ke selatan Thailand.

* Ia kemudian dibawa masuk ke negara ini melalui kawasan utara negeri Kedah dan berkembang ke beberapa negeri.

* Kacang panjang dimakan segar sebagai ulam, dimasak tumis, sayur campur, bahan ramuan nasi goreng dan sebagainya.

* Kacang panjang mempunyai komposisi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan C,

* Batang pokok kacang panjang adalah jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga empat meter.

* Pokok ini mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas manakala daunnya berjenis majmuk.

* Bunga berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 hingga 2.5sm dan terdapat dalam kelompok 3 hingga 6 kuntum setiap tangkai bunga.

* Lengai berukuran antara 20 hingga 70sm dan purata garis pusat 1.2sm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.

* Pokok kacang boleh ditanam pada persekitaran suhu 20 hingga 30 darjah Celsius dengan taburan hujan 138 hingga 168 milimeter (mm) setiap bulan.

* Pelbagai jenis tanah sesuai ditanam termasuk tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong dengan keasidan tanah (pH) 5.5 hingga 6.8.

* Penyediaan kawasan iaitu kawasan dibajak dan digembur manakala batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30sm.

* Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar bagi tanah gambut, 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar bagi tanah mineral.

* Penyediaan anak benih dengan jenis bahan tanaman melalui biji benih.

* Keperluan biji benih adalah 1.5 kilogram dan rawatan biji benih menggunakan racun thiram pada kadar 3 gram/1000 gram benih.

* Cara penanaman adalah biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalurjalur pada batas

* Penjarangan dilakukan 10 hari selepas bercambah dan jarak tanaman 20sm antara baris dan 10sm antara pokok.

* Jenis serangga perosak dan penyakit seperti ulat pengorek buah, pemakan buah kacang, lalat kacang, kutu daun, antraknos, bintik daun, karat, lecuh anak benih, mozek daun dan reput pangkal

* Masa kutipan hasil antara 35 hingga 45 hari selepas menanam.

* Kacang panjang mengeluarkan hasil antara 15,000 hingga 25,000 kilogram per hektar.

* Tempoh kutipan hasil antara 30 hingga 40 hari.

* Hasil dituai selepas lima atau enam minggu penanaman dan penuaian berterusan hingga tiga atau empat minggu dengan jangka hayat antara lapan hingga 10 minggu.

Sumber:  Harian Metro - Variasi 
Post a Comment