Monday, June 10, 2013

Air tidak ada kalori





Berdasarkan kajian, lebih 66 peratus daripada berat badan kita terdiri daripada air.

Adakah benar air akan menjadikan berat badan kita berlebihan atau sebaliknya?

Jawapannya, air tidak mengandungi sebarang kalori dan tidak boleh membuatkan berat badan anda bertambah serta kekal begitu.

Tidak dinafikan air mengandungi jisim berat cecair. Jika seseorang itu minum sebotol air kosong (500 mililiter) mempunyai berat jisim cecair kira-kira 500 gram, berat berkenaan hanya bersifat sementara di dalam badan kita.

Badan hanya akan mengekalkan air yang diperlukan supaya badan kita terhidrat, manakala selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan.

Untuk menjaga kelembapan, kita memerlukan enam sehingga lapan gelas air kosong sehari.

Kenapa berat badan akan berkurangan selepas bersenam?

Ramai yang bertanyakan saya mengenai ini. Banyak produk senaman memanipulasikan konsep ini lalu membuatkan kita percaya kehilangan berat badan yang berlaku serta-merta walaupun melakukannya sekali saja.

Adakah ia benar? Sebenarnya, hal ini berlaku kerana anda sudah kehilangan air dan elektrolit berat yang perlu diganti.

Berat badan akan bertambah apabila kita minum atau makan secara berlebihan. Oleh itu, kita harus tahu cara mengawal pengambilan kalori harian.

Berikut beberapa contoh cara berat air dikeluarkan dari dalam tubuh.

Sauna

Walaupun haba daripada sauna meningkatkan metabolisma, kehilangan berat semasa sesi sauna terjadi apabila air di dalam badan digantikan sebaik saja badan kita terhidrat semula.

Baju panas atau korset

Berpeluh adalah kehilangan air sementara. Peninju sering menggunakan sut peluh untuk menetapkan kelas berat tertentu sebelum mereka perlu ditimbang. Ia membolehkan mereka `menipu' tetapi adakah anda peninju?

 Pil mengurangkan berat badan

Kebanyakan pil mengurangkan berat badan adalah diuretik yang bermakna mereka mengeluarkan air dari sistem badan. Hal ini membuatkan kita berasa kering dan berulang-alik ke tandas.

Kesimpulannya, penggunaan sauna, baju panas atau korset dan pengambilan pil mengurangkan berat badan kebanyakannya membantu mengurangkan berat air di dalam badan seseorang.

Namun, bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan secara keseluruhan dan kekal selamanya, kita haruslah menitikberatkan soal aktiviti fizikal iaitu senaman yang harus dilakukan di samping mengawal pengambilan jumlah kalori dalam diet harian.

No comments: