My Followers

Pokok cempedak tahan kemarau



* Nama saintifiknya artocarpus champeden spreng dari keluarga Moraceae.

* Cempedak berasal dari negara di Asia Tenggara dan didapati hidup dengan baik di Malaysia, Thailand dan Singapura.

* Di Malaysia, cempedak didapati ditanam dengan meluas di Kedah dan Perak.

* Cempedak boleh dimakan segar, digoreng dan dibuat jem untuk kegunaan dalam pembuatan kek.

* Kandungan zat makanan seperti tenaga, protin, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, natrium, karotin, Vitamin B1, B2 dan C.

* Pokok cempedak boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter.

* Pokok ini mengandungi getah yang pekat berwarna putih, manakala batangnya tegak dan pendek.

* Pucuk baru, daun dan tangkai bunga dipenuhi dengan bulu yang halus dan tajam berwarna coklat.

* Daun cempedak berbentuk eliptik hingga obovat dan panjang lapan hingga 21.5 sentimeter (cm) manakala lebar antara tiga hingga 8.5cm.

* Daun berwarna pudar hingga sederhana hijau dan lazimnya mempunyai bulu urat daun dan kadangkala pada tepi daun.

* Bunga jantan dan bunga betina berasingan pada pokok yang sama.

* Jambak bunga jantan terdapat di ranting di hujung dahan, manakala jambak bunga betina di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok.

* Buah cempedak tergantung pada tangkai yang kuat dan agak gemuk.

* Buah yang masak berbentuk bujur dan panjangnya 24 hingga 25cm, malah kuat baunya.

* Jabatan Pertanian mendaftar 36 klon cempedak, namun hanya tiga klon disyorkan untuk ditanam secara komersial iaitu CH 28, CH 30 dan CH 33.

* Ciri klon CH 28 adalah berbentuk silinder, beraroma sedikit, tekstur halus, isi berwarna kuning dengan sedikit oren, rasa manis dan berair.

* Klon CH 30 berbentuk silinder dan agak lebar, aroma sederhana, tekstur halus, isi berwarna kuning dan rasanya manis.

* Klon CH 33 berbentuk silinder dan agak lebar, hampir tidak beraroma, tekstur halus dan isinya berwarna oren, manakala rasanya manis.

* Cempedak boleh hidup dengan baik di tanah rendah tropika dengan hujan tahunan sebanyak 2,540 milimeter (mm) dan suhu di antara 22 hingga 35 darjah Celsius.

* Cempedak boleh hidup di atas pelbagai jenis tanah yang disaliri dengan baik dan boleh tumbuh dengan baik di tanah aluvial bertekstur terbuka.

* Cempedak biasanya dibiak dengan cara cantuman mata tunas, cantuman baji dan cantuman sandingan.

* Sistem penanaman empat segi sama dan tiga segi adalah disyorkan.

* Jarak tanaman disyorkan ialah sembilan meter X sembilan meter yang boleh menghasilkan 123 pokok sehektar untuk sistem segi empat sama dan 138 pokok sehektar untuk segi tiga sama.

* Penjarangan buah dibuat untuk membuang buah luar biasa, berpenyakit dan bagi mengurangkan bilangan buah setangkai.

* Penjarangan dibuat bertujuan menghasilkan buah sihat, mempunyai bentuk menarik dan saiz seragam.

* Pokok cempedak perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan.

* Pokok cempedak boleh tahan keadaan kemarau. Justeru, ia tidak memerlukan sistem pengairan.

* Penyakit yang sering menyerang cempedak seperti kulapok hitam, reput akar dan batang serta reput putik buah.

* Serangga yang biasa menyerang cempedak adalah pengorek buah, pengorek batang dan lalat buah.

* Pokok mula mengeluarkan hasil selepas empat tahun ditanam.

* Hasil pada tahun pertama pengeluaran buah (empat tahun selepas ditanam) dianggarkan 1,300 kilogram (kg) sehektar tetapi biasanya boleh mencapai tahap pengeluaran maksimum 15,000kg.

* Pokok cempedak jenis yang bermusim.

* Di kawasan dua musim kemarau biasanya musim buah berlaku dua kali setahun.

Sumber: Harian Metro - Variasi 
Post a Comment