My Followers

Nangka tiada musim






* Nama saintifiknya artocarpus heterophylus dari keluarga Moraceae.

* Nangka berasal dari India, selain banyak ditanam di Indonesia, Thailand dan Filipina.

* Ia banyak ditanam secara meluas di Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu.

* Nangka enak dimakan begitu saja atau boleh diproses, selain dibuat jus minuman, kordial dan dijadikan sebagai pencuci mulut.

* Buah berkenaan mengandungi kandungan zat makanan seperti tenaga, protin, karbohidrat, gentian, kalsium, natrium, kalium, kerotin, vitamin B1, B2 dan asid askorbik.

* Pokok itu sentiasa menghijau dan tumbuh sehingga ketinggian 20 meter.

* Pokok nangka tumbuh secara melurus dan mengandungi susu getah yang pekat.

* Daunnya `eleptik', berbentuk `obovat' dan panjangnya 20 sentimeter (cm).

* Bunga jantan dan bunga betina adalah berasingan.

* Bunga jantan terdapat di dahan muda, di antara daun dan terletak lebih tinggi dari bunga betina, manakala bunga betina terdapat di dahan dan batang yang tua.

* Buah terdapat di batang pokok serta dahan utama dan bila masak buah berbentuk bujur, berukuran lebih kurang 30 hingga 90 cm panjang dan 25 hingga 50 cm lebar.

* Buah yang masak mengeluarkan aroma yang kuat.

* Jabatan Pertanian sudah mendaftar sejumlah 31 klon dan untuk penanaman secara komersil dua klon disyorkan, iaitu jenis J 29 dan J 31.

* Ciri J 29; berbentuk oval, beraroma yang kuat, isi buah sederhana tebal, berwarna kuning dan bertekstur halus, selain rasa buah manis

* Ciri J 31; berbentuk bulat, aroma yang kuat, isi buah tebal, berwarna jingga kekuningan dan mempunyai tekstur yang halus dan rasa manis.

* Nangka dibiak secara mata tunas dan sistem tanaman empat dan tiga segi disyorkan.

* Jarak tanaman yang disyorkan ialah sembilan meter x sembilan meter iaitu memberikan 123 pokok sehektar untuk sistem empat segi dan 130 pokok sehektar untuk sistem tiga segi.

* Cantasan bertujuan untuk menghasilkan kecergasan pokok, untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah.

* Cantasan membabitkan pembuangan dahan yang mati, berpenyakit dan membuang sulur air.

* Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan.

* Pembuangan putik buah ialah untuk mengurangkan buah setangkai dan membuang buah yang berpenyakit serta tidak normal, selain ia bertujuan menghasilkan buah yang sihat, berbentuk normal dan seragam.

* Pokok nangka memerlukan pengairan untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan untuk mengelakkan tekanan kekurangan air ketika musim kemarau.

* Pengairan titis adalah sesuai sekiranya nangka diusahakan di kawasan tanah rendah dan rata.

* Penyakit yang sering menyerang nangka adalah seperti bakteria `erwinia caratovara' yang menyerang batang dan dahan.

* Serangga yang biasa menyerang nangka adalah pengorek batang dan buah dan lalat buah.

* Pengeluaran hasil bermula dua tahun setengah selepas menanam.

* Pada musim pertama pokok boleh mengeluarkan lebih kurang 3,000 kilogram (kg) setahun dan biasanya mencapai tahap penghasilan maksimum sebanyak 19,000 kg setahun pada tahun kesebelas.

* Nangka ialah sejenis buah tidak bermusim dan pengeluaran buah ialah sepanjang tahun, manakala musim utama ialah pada Oktober hingga November.

* Buah boleh dipetik di antara 130 hingga 140 hari selepas berputik atau 90 hingga 95 hari selepas buah di balut.

* Buah nangka perlu diagihkan secepat mungkin kerana tempoh penyimpanan ialah empat hingga lima hari dalam keadaan suhu biasa (25 hingga 35 darjah Celsius).

Sumber:  Harian Metro - Variasi 
Post a Comment