Oleh Kusyi Hirdan
PERJALANAN menuju haji dan umrah sememangnya penuh pengharapan dan doa. Mengharap reda dan ampun Allah tentu sekali. Kata orang, berdoa dan meminta ampun di mana-mana pun boleh tetapi melakukannya di Tanah Suci sesuatu yang didambakan setiap umat Islam yang mampu.
Setiap manusia yang menjejakkan kaki ke Makkah mempunyai harapan dan doa yang tersendiri. Bukan untuk diri sendiri saja tetapi juga untuk orang yang bermakna dalam hidup mereka. Ada yang berdoa untuk musuh atau orang yang berbuat kejahatan kepadanya - berdoa supaya insan itu diberi keampunan, kesedaran serta keinsafan. Murninya hati orang sebegitu.
Entah mengapa ada yang tergamak mempermainkan seseorang yang mahu berubah dan menuju keredaan Allah dengan kata-kata sindiran seperti, "Hendak pergi umrah? Sudah jadi baik sangatkah?" atau "Sudah bertaubatlah sebab itu pergi umrah!"
Apa salahnya orang mahu berubah menjadi baik dan apa salahnya orang yang mahu bertaubat. Persoalannya, diri kita bila lagi? Tidak perlu mempertikaikan orang yang mahu menuju ke arah kebaikan. Sepatutnya kita mencontohi orang sebegitu.
Apa hebat dan besarnya sebuah perjalanan yang dipanggil umrah? Bukankah ia seperti perjalanan dan kembara yang lain juga. Kita terbang berjam-jam dan tiba di destinasi kepenatan tetapi penuh keterujaan. Kita kemudiannya berjalan-jalan, mengambil gambar dan membeli buah tangan.
Sesungguhnya perjalanan umrah atau haji tidak mungkin sama dengan mana-mana perjalanan pelancongan. Ini kerana, jika perjalanan lain kita hanya menetapkan mahu berseronok sebanyak mungkin tetapi perjalanan haji dan umrah ialah keperluan rohani yang sudah ditetapkan niat sejak awal lagi. Segalanya menuju Allah dan kerana Allah S.W.T.
Umrah penulis musim lalu ialah umrah kedua. Kita tidak mungkin sampai ke Tanah Suci buat pertama kali, kedua atau seterusnya tanpa dijemput Allah. Letaklah berjuta-juta wang sekali pun sekiranya belum dijemput Allah sebagai tetamu-Nya, tidak sampai kita ke sana.
Menjejakkan kaki kali kedua itu juga atas rezeki-Nya. Walaupun sudah kali kedua, rasanya seperti kali pertama saja.
Rasa takut, risau dan teruja sama saja seperti perjalanan yang pertama dulu. Kerisauan yang paling ketara tentu saja mengharapkan tidak diduga dengan masalah kesihatan tetapi siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya.
Dengan pengalaman yang sedikit ini, rasanya tidak salah berkongsi serba sedikit petua perjalanan umrah dan memilih pakej umrah bagi mereka yang pertama kali mahu menunaikan umrah.
Sekiranya perjalanan pertama dulu penulis memilih pakej terus menerus ke Arab Saudi dan mendarat di Jeddah dari Kuala Lumpur, kali ini mencuba pula penerbangan transit di Karachi, Pakistan bagi merasai pengalaman serta nilai harga pakej umrah yang berbeza.
* Memilih pakej umrah
Harga sesuatu yang paling diutamakan bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan perlu menabung sebelum dapat ke Tanah Suci. Murah, mahal atau sederhana mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dihadapi sepanjang perjalanan.
Bagi mereka yang mampu, pilih yang lebih mahal untuk lebih keselesaan manakala bagi yang kurang berkemampuan, mungkin perlu berpuas hati setakat kemampuannya saja.
Kata orang, yang penting sampai, jangan difikirkan sangat perkara lain. Namun selama di Madinah dan Makkah, bukan hanya umrah yang dilakukan sebaliknya kita perlu makan, tidur, mandi dan keperluan lain sepanjang tempoh di sana yang kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu atau lebih (ada juga yang kurang daripada itu).
Pada pendapat penulis, ayat 'yang penting sampai, perkara lain jangan fikir sangat' tidak wajar dijadikan 'ayat penyelamat' bagi mana-mana pihak dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang memilih pakej mereka. Jemaah mengeluarkan sejumlah wang yang agak mahal, jadi wajarlah mereka mendapat perkhidmatan yang setimpal.
Sekiranya berlaku sebarang masalah dan kekurangan, cubalah sedaya upaya menyelesaikannya kerana itu lebih adil kepada jemaah. Tidak adil rasanya menyuruh jemaah yang mendapat makanan basi, hotel yang tiada air dan pelbagai kesukaran lain supaya 'memaafkan' atau 'menerima' saja keadaan yang berlaku.
Sebagai contoh, bagaimana sekiranya sepanjang seminggu di Makkah, seminggu jugalah berhadapan masalah air yang membuatkan penghuninya tertekan. Pihak ejen atau penganjur perlu memikirkan cara mengatasi masalah atau memberi ganti rugi yang setimpal.
Dalam membuat pemilihan, jangan lupa bertanya sedalam-dalamnya mengenai pakej umrah pilihan misalnya lakukan perbandingan antara harga pakej dan lihat apa yang ditawarkan oleh syarikat umrah itu.
Pastikan jarak hotel bersesuaian dengan tahap ketahanan dan kesihatan anda terutama jika ia membabitkan warga emas yang agak uzur.
Hotel jauh dan dekat sering dikaitkan dengan harga pakej umrah itu sendiri jadi buat pilihan yang sesuai. Namun, ada yang menggunakan jarak hotel yang jauh dari masjid sebagai peluang untuk lebih lama beriktikaf di masjid. Keluar subuh dan pulang ke hotel sebaik selesai solat Isyak.
Bilik hotel di Madinah atau Makkah selalunya berkongsi tiga, empat dan ada yang sehingga lima orang. Untuk berkongsi berdua terutama pasangan suami isteri perlu membayar lebih mahal. Perkara ini pun perlu dipastikan sebenar-benarnya. Apa yang terjadi pada penulis dan suami ialah di Madinah kami mendapat bilik berdua tetapi bilik mandi perlu berkongsi dengan pasangan lain. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana antara tujuan kami memilih membayar lebih kerana mahukan privasi penggunaan bilik mandi.
Bagi mereka yang sudah kali kedua mengerjakan umrah mungkin tidak kisah sekiranya tiada jurupandu sepanjang proses mengerjakan umrah itu. Dinasihatkan, sekiranya anda pertama kali mengerjakan umrah, pastikan pihak ejen menyediakan jurupandu umrah sekurang-kurangnya untuk tiga kali umrah bersama-sama.
* Perhatian anak-anak sekalian! Jangan biarkan ibu bapa kita yang lewat usia terutama yang tidak lagi boleh berdikari pergi sendirian! Orang tua yang tidak boleh berdikari perlu penjaga menemaninya sepanjang masa. Kumpul duit sedaya upaya dan pergilah bersama-sama mereka. Berbaktilah dengan ibu bapa kita sendiri.
* Berdikari sikap yang paling perlu ketika di Tanah Suci. Kita belajar hendak ke masjid, ke dewan makan dan menjaga diri sendiri seboleh mungkin. Orang lain mungkin terikat dengan masalah mereka seperti kena menjaga orang terdekat mereka yang uzur dan tidak ada kesempatan menjaga kita.
* Beritahu pada kawan-kawan dan saudara-mara secara baik tetapi tegas yang anda tidak menerima sebarang kiriman barang kecuali yang mahu berkirim salam kepada Rasulullah s.a.w saja. Amat menghairankan orang kita gemar sekali mengirim membeli barang yang bersifat 'menyusahkan' kecuali jika barang itu benar-benar penting dan keperluan antara hidup atau mati.
Jemaah haji atau umrah terutama yang baru pertama kali ke sana memerlukan kekuatan mental dan fizikal dalam melalui cabaran di sana, jadi jangan menambah beban di hati mereka.
* Bawalah ubat dua atau tiga kali banyaknya daripada bekalan biasa. Ini kerana ubat-ubatan di sana ada yang terlalu mahal berbanding harga di Malaysia walaupun jenamanya sama.
Sakit yang biasa menyerang ialah demam, batuk dan selesema, jadi sekiranya anda memerlukan antibiotik, bawalah yang bersesuaian. Elok juga membawa bekalan barli segera dan asam jawa kerana adakalanya ia lebih mujarab daripada ubat moden yang biasa. Sekiranya anda tidak menggunakannya, boleh saja disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
* Walaupun ada yang mengatakan makanan perkara remeh yang tidak perlu difikirkan sangat tetapi mahu atau tidak ia satu keperluan penting. Tidak rugi membawa bekalan makanan kerana ia memberi kelegaan pada hati dan fikiran. Selepas seminggu biasanya kita sudah jelak dengan makanan yang tidak menepati selera.
Sambal kering ikan bilis dan daging antara penyelesaian mudah, begitu juga ikan sardin dan mi segera.
* Sekiranya pakej umrah anda mendarat dahulu di Madinah untuk ziarah Rasullullah s.a.w, jangan berhabis tenaga di situ sehingga membuatkan anda lemah dan sakit apabila sampai di Makkah. Berpada-padalah kerana rugi pula apabila sampai di Makkah, anda uzur dan sukar menyelesaikan umrah.
* Walaupun kita wanita, jangan lupa belajar solat jenazah sejak di Malaysia lagi. Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, setiap waktu solat turut ada solat jenazah. Amat rugi jika kita tidak mula membiasakan diri dengan solat jenazah kerana pahalanya amat besar.
Kebiasaan di Tanah Suci boleh saja diteruskan menjadi kebiasaan apabila menziarahi kematian di Malaysia kelak. Tidaklah anda hanya menjadi pemerhati kaum lelaki bersolat jenazah seperti kelazimannya di negara ini.
* Jangan ambil mudah kursus haji dan umrah! Walaupun umrah satu proses yang mudah tetapi ada banyak perkara lain yang perlu diketahui termasuk pantang larang dan perkara afdal yang boleh dilakukan.
Rugilah kita yang tidak menghadirkan diri ke kursus haji dan umrah kerana walaupun sudah kali kedua pergi, begitu banyak ilmu yang penulis tidak tahu. Badal umrah contohnya, ramai yang tidak tahu pahala dan ganjarannya, sebaliknya lebih memfokus kepada umrah diri sendiri berkali-kali selepas habis umrah wajib. Belajarlah kerana ilmu yang ada sentiasa tidak sempurna.
* Cabaran di Tanah Suci sentiasa ada. Ada yang sedar, ada juga yang tidak menyedarinya. Cabaran yang terjadi merangkumi pelbagai aspek misalnya cabaran beribadat, bersama rakan jemaah senegara dan jemaah dari negara lain.
Semua orang pasti mendapat dugaan yang tersendiri dalam pelbagai bentuk. Ada yang mengatakan dia tidak melalui sebarang dugaan pun walhal pada waktu yang sama, dia memberi dugaan kepada rakan jemaahnya yang lain.
Sikap jemaah yang pelbagai ragam menduga semua orang terutama dari Malaysia yang terkenal dengan sikap lemah lembut, kesabaran dan toleransi. Namun lemah lembut dan toleransi itu boleh saja meletup apabila berulang kali terkena kita. Berebut ruang solat, pintu masuk dan tandas menjadi perkara biasa tetapi ia menjadi luar biasa apabila keadaan itu diselang-seli dengan kekasaran.
Ditolak, dihimpit dan disiku yang kadangkala membahayakan nyawa. Bayangkan kepala dipijak sedang kita bersujud. Ia perkara yang boleh menimpa sesiapa saja dan agak mengerikan apabila difikirkan kembali.
Sumber: Harian Metro - Varias

No comments:
Post a Comment