My Followers

Pilihan kulit



KULIT binatang yang biasa digunakan untuk pakaian dan aksesori biasanya sedikit gelap, keras tetapi mudah lentur, kering dan diwarnakan dengan pencelup pelbagai warna. Namun, sesetengah jenis kulit hanya sesuai diwarnakan dengan warna tertentu.

* Rusa jantan: Kulit mudah lentur yang halus.

* Chamois: Kulit yang berasal daripada kulit chamois alp (haiwan seperti kambing). Chamois terkenal dengan kelembutannya yang tinggi, daya serap dan warna yang sedikit gelap. Selalunya disebut Sham-wa atau Sham-ee.

* Kulit anak lembu: Kulit lembu muda. Ia lembut tetapi boleh dikasarkan untuk menampakkan velor atau tekstur timbulnya. Tampak bergaya dan selalunya berwarna gelap (hitam dan coklat).

* Kulit lembu: Kulit lembu ternak yang digunakan untuk kasut, but dan jaket. Kental, tahan lama dan hadir dalam kemasan lembut atau kasar. Anda boleh mendapatnya dalam pelbagai warna tetapi kebanyakannya berona coklat dan hitam.

* Kulit buaya: Kulit buaya selalunya digunakan untuk tali pinggang, bagasi atau kasut. Agak menggerutu dengan kilatan yang baik dan boleh didapati dengan warna hijau, kelabu, merah dan coklat.

* Kulit burung unta: Kelihatan eksotik dan selalunya dibuat tali pinggang, beg atau kasut. Tampak seperti ayam yang dicabut bulunya.

* Suede: Permukaan kulit anak lembu yang diterbalikkan, diperhalus sehingga betul-betul lembut. Hasilnya hampir seperti baldu dan kelihatan menarik dengan apa-apa jenis warna.

8 panduan tampil menarik dengan kulit

1. Untuk pakaian formal, jenis, tekstur dan warna kot atau jaket kulit serta aksesori perlu padan atau sekurang-kurangnya melengkapi antara satu sama lain. Jika ia berkilat, padankan dengan yang berkilat atau jika sedikit kusam padankannya dengan rona yang sama. Bagi pertemuan serius, jaket coklat dipadan dengan kemeja putih bersama tali leher dapat menyerlahkan penampilan.

2. Tidak perlu memadankan pakaian kulit dengan aksesori kulit lain seperti kasut. Apa yang lebih utama adalah memastikan tekstur kulit itu berpadanan, bukan warnanya (dengan syarat warna tidak terlalu kontra).

3. Menggayakan pakaian kulit dilihat lebih mudah bagi wanita terutama dari segi pemilihan warna. Mereka berpeluang menggayakan warna yang lebih cerah dan pelbagai. Bagi lelaki, warna coklat, coklat tua dan hitam paling sesuai dan jika ingin kelainan, tampilkan tali pinggang, tali jam tangan atau dompet berwarna merah atau hijau.

4. Pakaian kulit yang bertekstur sedikit kasar, kelihatan lebih kasual dan amat sesuai digandingkan dengan denim atau corduroy.

5. Apabila mengenakan jaket kulit bersama jeans, usah risau mengenai padanan warna. Tali pinggang coklat boleh `masuk' (sesuai) dengan jaket kulit berwarna hitam dan menarik juga digayakan bersama but kulit tapi harus pastikan jika mengenakan ketiga-tiganya pada satu masa, dua daripadanya haruslah lebih padan. Elak menggandingkan tiga pakaian atau aksesori kulit yang amat berlainan jenis, tekstur dan warnanya.

6. Jangan berlebihan dalam menggayakan pakaian atau aksesori kulit eksotik. Misalnya, memakai tali pinggang dan kasut kulit buaya pada masa yang sama.

7. Warna dompet tidak semestinya padan dengan pakaian kulit anda yang lain.

8. Jika mengenakan sarung tangan, pastikan warnanya padan dengan warna baju anda, bukan warna tali pinggang atau kasut.
Post a Comment