Monday, February 13, 2012

Tip-tip penting ketika berlakunya kemalangan jalan raya

TIDAK semua orang mampu atau mahir mengendalikan keadaan sesuatu kemalangan dengan sempurna lebih-lebih lagi ia melibatkan kemalangan yang kronik, justeru itu di sini terdapat beberapa maklumat asas untuk dilakukan apabila berhadapan dengan situasi kemalangan.

Bagi yang tiada kemahiran asas dalam mengendalikan keadaan kemalangan, amatlah penting untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti menggerakkan lagi keadaan seperti menggerakkan mangsa. Apa yang perlu dilakukan ialah meminta pertolongan kepada pengguna jalan raya lain yang terdapat di kawasan kemalangan.

Kemudian, selamatkan tempat kejadian kemalangan daripada kenderaan lain dengan meletakkan apaapa tanda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya yang lain bahawa di situ berlakunya kemalangan jalanraya walaupun ketika berada di tengahtengah lebuhraya. Pantau keadaan kemalangan dengan menanda kawasan bahaya, kurang bahaya dan kawasan selamat (merah, kuning dan hijau.)

i) Kawasan bahaya (merah) Mungkin terdapat sesuatu yang bahaya seperti kawasan kemalangan yang bahaya atau mangsa yang cedera teruk.

ii) Kawasan kurang bahaya (kuning) Kawasan kurang bahaya dengan mangsa yang cedera ringan.

iii) Kawasan selamat (hijau) Kawasan selamat bermaksud terdapat mangsa di situ tetapi tidak terlalu teruk.

Perkara ini perlu dilakukan kerana apabila ada pihak penyelamat sampai, mereka akan terus ke kawasan merah dan melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. Orang ramai yang terdapat di tempat kejadian perlulah bersikap matang dengan tidak menganggu keadaan trak jalan raya.

Ini kerana ada sesetengah pengguna jalan raya suka memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kawasan kemalangan sedangkan cara mereka ini sedikit pun tidak membantu mengawal keadaan kemalangan bahkan berisiko membahayakan lagi mangsa kemalangan seperti melambatkan lagi kerja-kerja menyelamat. Perlu diingatkan bahaya kawasan yang bertanda merah adalah kawasan yang perlu diberi perhatian serius dengan menyelamatkan mangsa secepat mungkin manakala kawasan yang bertanda kuning merupakan kawasan yang masih perlu diberi perhatian dengan pertolongan yang sederhana.

Sebagai individu yang melihat tempat kejadian atau yang berada di kawasan kemalangan, pergi ke arah mangsa dan jangan takutkan mangsa dengan memberitahu keadaan kecederaannya yang teruk. Sebaikbaiknya cuba tenangkannya dengan meyakinkannya bahawa mangsa selamat. Lihat jenis kecederaan, jika mangsa berdarah teruk, cuba hentikan pendarahan dengan melakukan teknik direct pressure, balut di bahagian yang berdarah untuk menghentikan pendarahan dan jangan gerakkan mangsa.

Bagi kecederaan yang melibatkan kawasan tulang belakang atau kepala mangsa, jangan cuba untuk menggerakkan mangsa kerana ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan kecederaan mangsa. Jika kecederaan yang melibatkan patah tulang, sebaik-baiknya jangan gerakkan bahagian yang patah sebaiknya tenangkan mangsa dan perlu diingatkan bahawa jangan sesekali cuba memberi apa-apa minuman kepada mangsa walaupun diminta kerana ini boleh menyebabkan sistem saraf mangsa tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ketika pihak penyelamat sampai atau sedang melakukan kerja-kerja menyelamat, sebaik-baiknya kawal keadaan trak ditempat kejadian supaya tidak melambatkan kerjakerja menyelamat. Elakkan daripada mengangkat mangsa atau membawa mangsa sendiri ke hospital kerana situasi ini boleh memburukkan lagi keadaan atau kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Berhadapan dengan mangsa yang tidak sedarkan diri seperti koma atau pengsan di tempat kemalangan atau sukar untuk membezakan sama ada mangsa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Justeru mangsa perlulah diberi perhatian dahulu seperti memanggilnya berulang kali bagi memastikan keadaan mangsa.

Sentuh pergelangan tangan mangsa untuk menentukan sama ada nadi mangsa masih berdenyut, periksa bahagian leher, sistem pernafasannya dan perhatikan dada mangsa sama ada ianya bergerak ataupun tidak. Seperti juga kanak-kanak, lakukan perkara yang sama seperti hentikan pendarahannya dengan selamat dan perlahan-lahan jika mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan periksa sistem pernafasannya jika mangsa berada dalam tidak sedarkan diri dan kanakkanak memerlukan lebih perhatian dan ketenangan jika mereka terlibat dalam apa-apa kemalangan.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, perkara pertama dan yang utama perlu diambil kira ialah mengawal keadaan kemalangan dan keadaan mangsa. Bagi mangsa yang berada dalam keadaan koma, tunggu sehingga pasukan penyelamat sampai untuk menyelamatkan mangsa. Jangan keluarkan apa-apa kenyataan yang tidak pasti seperti mangsa sudah meninggal dunia kerana ini akan memburukan lagi keadaan mangsa.

Bagi mangsa yang cedera ringan, keluarkan mangsa dari kawasan kemalangan dan rawat mangsa dikawasan anggota badan yang tercedera.

Jika anda adalah mangsa kemalangan, jauhkan diri dari tempat kemalangan dan lihat pada anggota badan yang mengalami kecederaan. Jika terdapat mangsa lain di kawasan kemalangan, hulurkan bantuan dengan menjauhkan mangsa dari kawasan kemalangan kerana ini dikhuatiri jika berada berdekatan dengan kawasan kemalangan akan membahayakan mangsa. Jangan sesekali melakukan perkara diluar kemampuan seperti menggerakkan mangsa yang tidak sedarkan diri kerana ini akan menyebabkan kecederaan mangsa bertambah serius.

Jika anda mengalami muntah-muntah lebih daripada 2 atau atau 3 kali 24 jam selepas kemalangan, segeralah dapatkan rawatan dengan melakukan pemeriksaan x-ray di hospital untuk memastikan keadaan anggota badan yang mengalami masalah seperti pendarahan dalaman.

Berhati-hatilah ketika memandu dan elakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Harian Metro - Mon, Jan 23, 2012 - 1Klassifieds 

No comments: