HUJUNG tahun ini ramai yang mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hendak bercuti, antara barang yang dikemas paling awal ialah pakaian, produk penjagaan diri, botol susu, susu, lampin, kamera dan makanan.
Adakah senarai itu sudah lengkap? Sebenarnya masih ada satu barang penting yang tertinggal iaitu peti pertolongan cemas atau lebih mudah membawa beg kesihatan kembara kecil tetapi lengkap diisi dengan ubat asas.
Kebanyakan orang tidak pernah terfikir untuk membawa beg kesihatan kembara apabila mahu bercuti. Mungkin tidak sedar kepentingannya atau beg kesihatan kembara tidak termasuk dalam senarai barang yang mesti dibawa setiap kali bercuti.
Persediaan bercuti bukan setakat pakaian dan wang ringgit kerana aspek paling penting ialah kesihatan setiap orang yang turut serta terutama warga emas dan kanak-kanak.
Pengurus Kanan Unit Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Shiamala Devi, berkata setiap orang disaran menjalani pemeriksaan kesihatan asas bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk bercuti khususnya jika ke destinasi jauh.
Ini termasuk mendapatkan suntikan imunisasi (vaksin), mengemaskini `beg ubat', menjalani pemeriksaan mata dan gigi. Malah ada kalanya anda perlu memberitahu pihak insurans mengenai percutian anda sebagai persediaan berlaku perkara tidak dijangkakan.
Keperluan ini lebih ditekankan di kalangan wanita hamil, ibu menyusukan anak, kanak-kanak dan orang tua yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, asma atau sinus (rujuk jadual 1).
Bagi individu yang ingin ke luar negara sebaik-baiknya dapatkan suntikan imunisasi tambahan. Imunisasi yang diperolehi ketika kecil dulu tidak dapat melindungi kita daripada jangkitan sesetengah penyakit. Ini kerana setiap rantau mempunyai penyakit berbeza. Untuk mengetahui destinasi dan vaksin yang perlu diambil, rujuk jadual 2.
Kata Dr Shiamala, suntikan vaksin pula mestilah diambil sekurang-kurangnya dua hingga empat minggu sebelum bertolak ke satu-satu destinasi. Badan mengambil masa untuk bertindak balas dengan benda asing di dalam vaksin bagi menghasilkan antibodi. Jika vaksin diambil kurang daripada tempoh itu, perlindungan hanya akan diperolehi selepas anda balik bercuti.
Walaupun sudah mendapatkan suntikan vaksin, setiap orang tetap digalakkan membawa beg kesihatan kembara sebagai langkah persediaan jika berlaku masalah kesihatan.
"Beg kesihatan ini sangat penting bagi memastikan kita tidak ada masalah mendapatkan ubat jika berlaku kes kecemasan. Keadaan menjadi lebih kritikal jika ada masalah bahasa, kekurangan bantuan perubatan dan sukar mendapat doktor. Jadi ubat asas dalam beg kesihatan ini boleh meredakan gejala kesakitan.
"Kandungan beg sebenarnya terpulang kepada keperluan setiap individu. Namun bahan yang paling asas ialah parasetamol atau pil tahan sakit, garam penghidrat jika berlaku cirit birit, krim antiseptik dan kain pembalut luka," katanya (rujuk jadual 3).
Bagaimanapun katanya, kandungan beg kesihatan kembara itu hanya sesuai digunakan individu dewasa atau remaja berumur 13 tahun ke atas yang sihat. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak.
Individu yang ada masalah kesihatan dinasihatkan mendapat surat pengesahan doktor dan masukkan ia ke dalam beg ubat anda sebagai bukti apabila menjalani pemeriksaan imigresen. Biasanya pelancong tidak dibenarkan membawa masuk ubat melainkan ada pengesahan doktor.
Namun paling penting ialah sentiasa mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan minum banyak air. Dr Shiamala menyarankan supaya sentiasa membawa bekalan air minum sendiri dan elakkan membeli minuman yang dibungkus dalam plastik.
Basuh tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan berlakunya jangkitan atau pencemaran terhadap makanan. Pencemaran punca utama berlakunya cirit birit atau muntah iaitu masalah paling kerap dihadapi pelancong apabila bercuti ke luar negara.
Jika bercuti bersama keluarga dan anak-anak, rancanglah percutian dengan rapi. Cuaca yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit kering dan bibir merekah kerana kurang minum air. Manakala cuaca terlalu panas pula boleh mengakibatkan kulit terbakar jika tidak menggunakan krim pelindung cahaya matahari.
Malah kanak-kanak dan orang tua juga mudah mengalami jet lag iaitu tidak dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu (antara negara sendiri dengan negara yang dikunjungi). Untuk mengelakkan masalah ini, seseorang itu digalakkan mendapat tidur yang cukup dan cuba tidur mengikut waktu negara yang akan dikunjungi.
"Selain jet lag, pelancong juga berhadapan kemungkinan keracunan makanan. Justeru pastikan anda tidak makan makanan mentah, air tidak masak, buah yang tidak dikupas dan susu segar yang tidak menjalani proses pempasteuran (penyahkuman).
"Jika alami cirit birit atau muntah akibat keracunan makanan, minumlah air masak yang bercampur dengan garam penghidrat kerana ia boleh menggantikan semula mineral yang hilang bersama muntah dan najis. Segera ke klinik jika demam (suhu badan melebihi 38 darjah Celsius) dan gejala berlanjutan melebihi tiga hari," katanya.
Bagi individu yang mudah mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan (sama ada darat, laut atau udara), Dr Shiamala menyarankan supaya tidak makan makanan berminyak atau sehingga terlalu kenyang sebelum memulakan perjalanan.
Selain itu ia juga boleh diatasi dengan mengambil ubat khas sejam sebelum bertolak. Mereka juga digalakkan minum banyak air dan duduk di tepi tingkap. Paling utama, bawa beg muntah bersama anda. Jangan muntah dalam kenderaan kerana bau muntah hanya akan memburukkan keadaan anda.
Sekembali dari bercuti, seseorang itu masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu sekurang-kurangnya 10 hari selepas balik. Jika dalam tempoh ini ada yang demam atau batuk berpanjangan, segera dapatkan nasihat doktor kerana dikhuatiri anda mendapat jangkitan khususnya bagi mereka yang berkunjung ke negara yang ada masalah Hepatitis, flu dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
JADUAL 2
Destinasi dan vaksin
Rantau - Asia Tenggara
Negara - Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar dan Malaysia
Risiko - Selesema burung, pneumonia, STD, kepialu, cirit birit, polio, batuk kering, demam denggi berdarah, JE, taun, malaria dan meningitis
Vaksin - Flu, Hepatitis A dan B, malaria, kepialu, rabies, polio, campak, DPT dan JE
Rantau - Asia Timur
Negara - China, Korea, Taiwan, Jepun dan Hong Kong
Risiko - Selesema burung, JE, polio, malaria, kepialu, cirit birit, hepatitis A dan B, cacar air dan campak
Vaksin - Malaria, Flu, kepialu, JE, Hepatitis A dan B, Rabies
Rantau - Asia Barat
Negara - India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal dan Bangladesh
Risiko - Taun, kepialu, PTB, JE, polio, campak, rabies, Hepatitis A dan B, cirit birit, malaria, denggi
Vaksin - Campak, kepialu, Hepatitis A dan B, Rabies, DPT, JE dan malaria
Rantau - Amerika Latin
Negara - Negara Amerika Selatan dan Mexico
Risiko - Salmonella E, denggi, malaria dan cirit birit
Vaksin - Campak, kepialu, Hepatitis A dan B, rabies, malaria dan demam kuning
Rantau - Timur Tengah
Negara - Arab Saudi dan Makkah
Risiko - Meningitis, pneumonia, cirit birit, rabies, hepatitis A dan B, kepialu dan malaria
Vaksin - campak, kepialu, Hepatitis A dan B, Rabies, DPT, polio, malaria dan meningitis
Rantau - Afrika
Negara - Afrika Selatan, Kenya dan Sudan
Risiko - Demam denggi berdarah, leptospirosis, demam kuning, taun, cirit birit, Hepatitis A, B dan E, malaria, polio, campak dan meningitis
Vaksin - campak, kepialu, Hepatitis A dan B, DPT, demam kuning, malaria dan meningitis
Nota: Pusat Kawalan Penyakit menyarankan vaksin diambil sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu sebelum berangkat
JADUAL 1
Adakah anda cukup sihat untuk terbang?
Keadaan - Saranan
Hamil (kurang 32 minggu) - Boleh menaiki penerbangan dalam negara
Hamil (kurang 24 minggu) - Boleh menaiki penerbangan antarabangsa
Selepas bersalin - Boleh menaiki pesawat selepas sebulan bersalin
Bersama bayi (tujuh hari) - Tidak dibenarkan
Baru menjalani pembedahan mata atau telinga tengah - Tidak dibenarkan
Baru menjalani pembedahan abdomen atau plastik - Hanya dibenarkan selepas dua minggu dibedah
Keadaan kesihatan kronik - Perlu ada cukup keperluan perubatan, ubat dan kemudahan sokongan perubatan. Perlu ada surat pengesahan dan nasihat dari doktor
Kencing manis - Mengadaptasi pengambilan insulin dengan waktu tempatan. Simpan picagari, jarum dan ubat secukupnya. Kerap makan untuk elakkan gejala kesihatan akibat tahap gula rendah dalam darah
Sakit jantung - Hanya boleh terbang selepas empat minggu mendapat serangan jantung. Perlukan surat pengesahan doktor anda menggunakan alat perentak jantung (pacemaker) dan implan kerana ia akan dikesan melalui imbasan logam di lapangan terbang
Asma/masalah paru-paru - Kesihatan mesti stabil sekurang-kurangnya empat minggu sebelum terbang, pastikan inhaler dan ubat dibawa bersama
Masalah telinga, hidung dan sinus - Saluran telinga yang sempit akan sebabkan kesakitan pada telinga dan muka. Dinasihatkan kerap menelan dan menghembus nafas dengan mulut tertutup. Hubungi doktor untuk nasihat lanjut.
Sumber: Metro Ahad - Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

No comments:
Post a Comment