Thursday, September 15, 2011

Migrain

Migrain

* Sakit kepala disebabkan aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.

* Migrain mungkin antara penyakit paling lazim di seluruh dunia hinggakan banyak hasil seni juga lahir berkisar penyakit ini.

* Wanita lebih tinggi mendapat migrain berbanding lelaki, iaitu kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.

* Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Bahagian migrain

* Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.

* Migrain di depan kepala. Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.

* Sisi kiri atau kanan kepala. Migrain focul yang tidak spesifik.

* Belakang kepala. Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat).

* Atas kepala. Ia adalah sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu rujuk dengan doktor.

Kaedah rawatan

* Pengambilan ubat sesuai dan selamat seperti pil penahan sakit, suntikan tahan sakit atau ubat merehatkan otot.

* Rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah dengan cahaya terang.

* Urut, meditasi atau yoga untuk melancarkan kitaran darah.

* Botox.

* Pembedahan.

Tanda migrain

* Gangguan visual.

* Nampak tompok atau kilauan cahaya.

* Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising.

* Mual atau muntah.

* Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum.

* Lemah atau kebas pada anggota badan

Sumber: Berita Harian - Thu, Mar 17, 2011 - Sentral - Oleh Jami'ah Shukri

No comments: